Pesanan Rasullullah saw :

Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. bersaba:

"Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat .
Berceritalah tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan ke atasnya. Dan sesiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka ia menempati tempat duduknya dari neraka."

(Riwayat Bukhari)

Monday 7 March 2011

Stesyen Pertama Mengenali Islam

Tahun awal tujuh puluhan dahulu, ketika saya baru menjejakkan kaki ke Universiti dengan semangat berkobar kobar untuk mencapai impian menjadi seorang ilmuan yang berkaliber, saya tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti saya akan menjadikan Islam sebagai pegangan hidup saya dan ingin melakukan apa sahaja demi untuk memartabatkan Islam di persada dunia. Saya hanya tahu bahawa saya ingin menghabiskan pembelajaran saya dan membawa pulang segolong ijazah bagi menggembirakan hati ibubapa saya dan membuat mereka rasa bangga dengan pencapaian saya.

Saya dapat membuktikan bahawa saya berjaya menjadi pelajar contoh dan pelajar terbaik dalam jurusan saya dengan menghasilkan karya karya yang unik dan memuaskan hati pensyarah pensyarah yang bertungkus lumus mengajar saya. Tetapi jiwa saya meronta untuk memenuhkannya dengan perkara baru yang saya baru diperkenalkan.

Apakah perkara baru ini? Ia adalah Islam dan kefahaman yang cukup menyentuh hati dan sanubari saya.. Kefahaman terhadap erti seorang hamba dan berkenalan dengan Pencipta Alam Maya ini ..Khaliq yang Maha Agung lagi Maha Perkasa.

Ia disentuh oleh seorang yang sangat biasa dan bersahaja. Bila bertemu dengan saya dia hanya memberi salam dan menaanyakan khabar. Terus selepas itu dia menanyakan samada saya solat subuh pagi tadi dan apakah saya sudah mengucapkan kata syukur kepada Allah yang telah menghidupkan saya setelah mematikan saya selama semalaman.

" Kenapa mata anda tertutup bila mengantuk dan kenapa pula ia terbuka bila jaga?"

" Kenapa mesti minum air bila dahaga dan menangis bila sedih atau ketawa dan senyum lebar bila gembira?"

" Kenapa lubang hidung menghalakan ke bawah dan besar di bahagian bawah dan mata mu mesti ada bulu mata ?"

Kenapa barang mesti jatuh ke bumi dan tidak melonjak ke langit?

Kenapa, kenapa dan kenapa...Banyak soalan yang ditanya dan jawapan yang diberi juga bukan sedikit.

Saya cuba menjawab tetapi saya sedar jawapan saya tidak memuaskan hati dia dan hati saya sendiri.

Akhirnya dia menanya saya : "Bila kamu masuk Islam?'"

"Apa ?" Saya sudah Islam sejak saya dilahirkan lagi!"

"Tetapi kenapa gaya hidup mu tidak melambangkan seorang Muslim?"

Islam menyuruh kamu menutup aurat tetapi kamu membukanya." "Islam menyuruh kamu menunaikan solat tetapi kamu meninggalkannya. Islam menyuruh kamu itu dan ini dan banyak lagi tetapi kamu tidak melakukannya."

 Betulkan????

Justeru bagaimana kamu katakan kamu seorang Muslim?

Ya saya seorang Muslim. Habis berapa kali kamu membuka lembaran alQuran dan memahami isi kandungannya. Sekali sekala...Adakah kamu tahu siapa yang menyampaikan Islam kepada manusia hingga mereka faham apakah yang dituntut ke atas mereka...Tidak...

Masih sanggup mengaku kamum seorang Muslim. Baca Quran pun jarang...

Saya hanya bisa terpaku dan menyalahkan orang tua saya kerana tidak menghantar saya belajar ilmu Islam dengan sempurna.

Tetapikan kamu bijak.Ada akal dan boleh berusaha sendiri tanpa paksaan. Sedang untuk lulus dan masuk universiti pun boleh dapat keputusan yang cemerlang dan berusaha sendiri.

Kenapa tidak kenal kuasa yang memberi kamu akal fikiran yang dapat menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang. Bukankah kamu ada mata. telinga dan mulut intuk berbicara dan akal untuk belajar dan memahami?

Habis bagaimana?....Yaa....pulang ke kamar mu dan baca naskah ini...mungkin kamu akan bertemu dengan jawapan yang kamu sedang cari..Esok kalau Allah izin kita bertemu lagi kita akan bicara tentang apa yang kamu telah fahami dari bacaan ini.

Kenapa paksa saya untuk buat apa yang saya tidak suka lakukan...saya ada banyak tugasan untuk saya siapkan daripada membaca naskah yang entah apa....

" Tiada paksaan dalam Islam. Yang ada hanyalah piliham." Jawapnya pendek.

Tetapi saya membaca juga. Kerana ingin tahu jawapannya. Maka bermulalah pengembaraan saya mengenali siapa Pencipta saya..















No comments:

Post a Comment