Pesanan Rasullullah saw :

Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. bersaba:

"Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat .
Berceritalah tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan ke atasnya. Dan sesiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka ia menempati tempat duduknya dari neraka."

(Riwayat Bukhari)

Monday 31 January 2011

Masa Itu Milik Allah swt..

Peribahasa Melayu ada menyebut bahawa masa itu adalah emas. Sungguh bernilai dan mahal harganya. Orang yang mempunyai harta dan ermas pula dikatakan orang  yang berada dan senang hidupnya.

Allah menyebut dan bersumpah dengan jelas sekali dalam AlQuran :

" Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan nasihat menasihat supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran."   Surah Al Asr : Ayat 1-4

Masa bagi manusia bermula sejak ia lahir hinggalah ia kembali mengadap Tuhannya. Masa itu dikira dari umurnya setelah ia ditiupkan ruh ke dalam tubuhbadannya sejak ia dalam kandungan ibunya lagi. Satu minggu, 1 bulan hingga ke sembilan bulan. Perkembangan dan kelahirannya dinantikan bukan sahaja oleh ibubapanya tetapi oleh seluruh anggota keluarganya dengan penuh debaran. Perkembangan itu sekarang boleh diikuti dengan melihat gambar-gambar pergerakannya melalui scanner walaupun belum lahir kedunia lagi.

Sejak dari mula benih sperma dan ova ibubapanya bertemu dan membentuk dirinya dari satu sel hingga terbentuk tubuhbadannya yang dilengkapi dengan organ-organ dalaman dan fizika yang sempurna pembikinannya. Otak untuk akal berfikir dan merenung kekuasaan dan kebesaran Allah. Hati supaya mempunyai perasaan yang sensitif memacu amalan dan merapatkan dirinya pada Khaliqnya. Organ2 dalaman agar berfungsi membekalkan segala yang diperlukan oleh jasad untuk bergerak bangun melakukan amalan yang soleh.

Taqdirnya, rezekinya dan jodoh pertemuannya sudah tercatat di dalam catitan Illahi. Dia hanya perlu berdoa dan berusaha dengan gigih dan kreatif untuk manambah segala yang telah tersedia untuknya di dunia ini.

Segala2nya akan dipastikan supaya bayi ini selamat dan membesar dengan kasih sayang, didikan, kemahiran dan ilmu pengetahuan supaya apabila ia dewasa nanti ia mampu berdikari dan melakukan kebaikan untuk dirinya dan mereka2 yang berada di sekelilingnya.

Seluruh alam cipataan Allah dijadikan bukan dengan sia2. Semuanya untuk digunakan sepenuhnya dan sebaiknya. Air, api, udara, tanah, gunang ganang, lautan, tumbuhan dan binatang ternakan dan liar....apa sahaja...silakan lah...

Berapa lamakah itu? Jika sehingga umurnya baligh mungkin dari 10 hingga 15 tahun.

15 tahun merupakan jangka masa yang panjang. Seandainya ia diberi ilmu keduniaan ia sudah menjadi seorang ilmuan yang meningkat remaja. Seandainya ia diberi kemahiran ketenteraan ia sudah mampu bermain senjata dengan tangkas sekali. Seandai diberi kasih sayang dia mampu memberi kasih sayang dan melindungi mereka yang di kasihi dengan baik sekali dan penuh rasa tanggungjawab.

Selepas itu ketika usianya meningkat menjadi orang dewasa dan mempunyai keluarga yang besar dia mampu menjalankan tugas dan tanggungjawabnya memastikan mereka selamat dan bahagia.

Ketika usianya mencapai masa tua dan kemudian mati , dia kembali semula kepada Penciptanya yang telah memberi dia peluang hidup di dunia ini untuk seketika.

Se masa hidup di dunia inilah, setelah dia mampu memilih antara yang baik dan buruk, mampu membuat penilaian antara yang haq dan yang bathil maka segala usahanya di kira dan di catit tanpa sedikitpun tertinggal.

Itulah masa baginya. Apakah dia telah melakukan yang terbaik dan mengikut landasan yang diberi oleh Tuhannya atau sebaliknya. Apakah dia telah melakukan kezaliman ke atas orang lain dan dirinya sendiri.

Apakah dia telah tergolong ke dalam golongan orang2 yang beruntung atau terjatuh ke dalam golongan orang2 yang rugi. Menasihati kepada kebenaran. Mengajak berbuat baik dan meninggalkan yang buruk serta yang di laknati oleh Tuhannya. Menyedarkan manusia terhadap masanya yang singkat di dunia ini dan berbuat amal yang akan menguntungkan masa mereka di akhirat nanti. Mengajak mereka supaya memenuhi masa hidup di dunia ini dengan mengerjakan semua yang di perintahkan oleh Tuhannya dan meninggalkan segala yang dilarangnya. Menyembah hanya kepada Tuhannya yang satu dan tidak mensekutukan Nya dengan yang lain.

Apakah dia melalui kehidupannya dengan penuh kesabaran atas segala uijan yang mesti di lalui kerana menegakkan kebenaran.....

Setiap detik masa pernafasannya membawa dia menghampiri Tuhannya. Masanya setiap saat semakin sedikit dan semakin pendek. Hidupnya di dunia ini semakin singkat dan jika dia tidak berbuat sesuatu maka dia akan menemui Tuhannya dengan tangan yang kosong dari kehidupan yang kosong dan sia2.

Kematian adalah had masa hidup yang tiada siapa tahu waktunya kecuali Allah. Apabila tiba masanya dan dia akan menghembuskan nafasnya yang terakhir amalannya akan menentukan dan menampakkan dimana dia berada. Dalam keselesaan atau penderiataan.

Ketika menunggu saat hari kebangkitan, masanya di dalam kubur akan penuh dengan hiburan atau siksaan bergantung kepada amalannya sewaktu dia hidup di dunia ini.

Dia akan ditanya tentang masa mudanya ...kemana dia telah penuhinya..masa kayanya...masa sehatnya...masa lapangnya...

Saiyidina Ali ra pernah berpesan kepada Gabenornya di Mesir agar janganlah engkau berlengah2 apabila sudah tiba masanya....tegakkanlah kebenaran.

Masa hidup kita di dunia ini adalah dalam kuasa Allah. Dia memiliki masa itu. Dan Dia berhak mengambilnya dari kita bila2 sahaja Dia suka mengikut perancanganNya.

Namun masa yang abadi dan eternity ialah masa untuk Allah membalas segala kebaikan yang telah dilakukan di dunia ini dan memberi tindakbalas bagi mereka yang lalai serta melakukan kezaliman. Hidup kita bergerak kehadapan menuju masa yang abadi dan kekal itu. Mengejar janjiNya bahawa masa akhirat akan penuh dengan kegembiraan kerana usahanya yang tidak pernah henti2 dilakukan sewaktu hidupnya. Bayangan syurga berligar dalam jiwanya sebagaimana bidadari yang menilik2 dengan penuh harapan.... sedia menanti dan menunggu  kehadirannya di sana.

Buatlah pilihan yang tepat agar kita memenuhi masa kita dengan keberkatan dan keredhoanNya. Masa itu bukan milik kita. Masa itu milik Allah. Dia lah yang mencipta masa. Setiap detik setiap saat. Kita hanyalah musafir yang lalu menunggu masa pulang kembali ke pangkuan Nya.