Pesanan Rasullullah saw :

Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. bersaba:

"Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat .
Berceritalah tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan ke atasnya. Dan sesiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka ia menempati tempat duduknya dari neraka."

(Riwayat Bukhari)

Tuesday 12 October 2010

Khadijah Binti Khuwailid.... Wanita Pertama Memeluk Islam

Makam Siti Khadijah

Siapa tidak kenal dengan Khadijah isteri Nabi Muhammad saw yang pertama dan sangat tersohor kisahnya.

Beliau sebelum menjadi isteri Rasullullah saw,  merupakan seorang wanita yang terkenal di kalangan bangsa Quraish kerana kedudukannya sebagai seorang bangsawan dan wanita yang kaya raya dengan perniagaannya yang maju dan hebat.

Beliau seorang yang dermawan dan mempunyai budi pekerti yang sangat mulia sehingga di kenali dengan gelaran AtTohirah yang membawa maksud yang suci.

Sebelum berkahwin dengan Nabi muhammad saw, beliau sudah pun berkahwin dengan dua orang lelaki bernama Atiq bin Abid. Suaminya yang kedua pula bernama Halal bin Malik.

Bersama suami yang pertama beliau melahirkan 2 orang anak bernama Abdullah & Jariah. Manakala bersama dengan suaminya yang kedua beliau memperolehi dua orang anak juga bernama Hindun & Zainab.

Ketika belaiu mengahwini Nabi Muihammad saw belaiau adalah seorang janda dan berumur 40 tahun sementara Nabi Muhammad saw pula berusia 25 tahun.

Perkahwinan mereka memang sudah di takdir oleh Allah swt,

Pertemuan mereka bermula dengan Khadijah memerlukan seorang lelaki yang boleh dipercayai lagi amanah untuk mengendalikan urusan perniaagaannya yang besar dan berkembang. Perniagaan Khadijah sudah berkembang maju menjadi perniagaan yang bertaraf antarabangsa dengan dagangannya selalu dibawa ke Syams. Di Syams pula barang yang tiada terdapat di Kota Mekah akan dibawa pulang untuk di dagangkan di Kota Mekah.

Urusan ini memerlukan seorang lelaki yang hebat kalibernya, jujur dan tidak menipu serta mengambil kesempatan atas dagangan Khadijah yang banyak itu.

Pada ketika itu orang yang paling dipercayai dan diberi gelaran Al Amin kerana sifatnya yang mulia dan mendapat kepercayaan masyarakat Quraish tidak lain & tidak bukan ialah Nabi Muhammad saw yang mulia.

Cadangan kenalan Quraisynya menggesa Khadijah untuk mengambil Nabi Muhammad saw sebagai pembantu perniagaannya.

Walaupun sudah lama menjadi janda dan walaupun ramai di kalangan bangsawan Quraisy masuk meminang Khadijah namun hatinya tidak terbuka untuk menerima mereka sebagai suaminya. Hidup sebagai seorang janda adakalanya membuatnya sepi tetapi hatinya tidak tertarik pada lelaki Quraisy yang masuk meminangnya walaupun mereka itu sama taraf dengannya...bangsawan, hartawan dan tersohor.

Pada suatu malam beliau telah bermimpi. Beliau telah pergi berjumpa dengan Waraqah Ibn Naufal seorang alim yang berpegang kepada Kita Allah, juga merupakan sepupu Khadijah untuk mentakwilkan mimpinya itu.

Katanya : " Semalam aku bermimpi.... mimpi yang sangat menakjubkan. Aku melihat matahari berputar2 di atas Kota Mekah lalu turun ke arah bumi. Dan semakin dekat dan dekat.

Aku terus memperhatikannya untuk melihat ke mana ia akan jatuh. Ternyata ia turun dan memasuki rumah ku. Cahayanya membuat aku terpegun. Lalu aku terbangun dari tidur ku."

Waraqah berkata : " Aku sampaikan berita gembira kepada mu. bahawa seorang lelaki agung dan mulia akan datang meminang mu. Dia mempunyai kedudukan yang penting dan kemashurannya akan semakin meningkat setiap hari. '

Apabila ditawarkan mengrus perniaagaan Khadijah, Nabi Muhammad menerima tawaran itu dan bermulalah kareernya menjadi pembantu Khadijah menjalankan perniagaannya sampai ke Syams.

Pengalaman Nabi Muhammad saw mengikuti bapa saudaranya Abu Talib sewaktu kecil berniaga 
hingga ke Syams memberikan baginda peluang menghasilkan keuntungan yang lumayan dan berlipat ganda untuk perniagaan Khadijah. Ketika ke Syams beliaun selalu ditemani oleh pembantu pribadi Khadijah bernama Maisara.

Ketika dalam perjalanan pergi dan pulang dari Syams Maisara memerhati semua perkara tentang Nabi Muhammad saw dengan teliti dan bila pulang beliau akan menceritakan segalanya kepada Khadijah.

Ia berkaitan dengan bagaimana terpujinya sifat Nabi Muhammad saw. Bagaimana bagusnya cara perhubungan dan komunikasinya dengan pedagang2 lain yang di temuinya dan bagaimana hujah2nya berhadapan dengan pendeta2 Kristian ketika berbincang mengenai agama Kristian yang semakin lemah. juga bagaimana cekapnya Nabi muhammad saw menjalankan perniagaan dan jualbelinya.

Tidak pernah Nabi Muhammad saw lupa untuk membeli dan membawa pulang buah tangan yang disukai oleh Khadijah ketika pulang dari  misi dagangannya.

Setiap kali rombongan dagangnya pulang dari Syams, Khadijah akan menunggu kepulangan mereka dan tidak sabar2 untuk mendengar laporan yang akan di sampaikan oleh mereka.

Beginilah. Sehingga sedikit demi sedikit hati Khadijah mula menyukai Nabi Muhammad saw dan bibit2 kasih mula tumbuh dalam hatinya terhadap Nabi saw.

Perasaan ini tidak dapat dipendam lama didalam hatinya lalu beliau meluahkan isi hatinya kepada temankaribnya Nufaisara Binti Munyi.

Pada zaman itu adat kaum Quraish tidak mengizinkan kaum wanita meminang kaum lelaki. Lantas Nufaisara    mencari peluang pergi berjumpa dengan Nabi saw dan mengcungkil isi hatinya.

Nufaisara berkata : " Wahai Muhammad. Kenapakah kamu ini tidak berkahwin lagi sedang kamu merupakan seorang yang terkenal dan di sukai oleh masyarakat mu."

Nabi menjawab : " Aku tidak mempunyai apa2 sebagai persiapan untuk perkahwinan."

Nufaisara berkata : " Bagaimana kalau itu disediakan dan yang melamar mu itu seorang yang cantik, berharta, terhurmat dan terkenal. tidakkah kamu akan terima?"

Nabi bertanya : " Siapakah dia? "

" Khadijah Binti Khuwailid."

Hati Nabi juga tertarik kepada Khadijah tetapi tidaklah sampai berfikir ketahap perkahwinan. Lagi pun Khadijah merupakan seorang bangsawan Quraish yang kaya raya. lagi hartawan. Sedang dia hanyalah pekerjanya sahaja.

Nabi bertanya lagi ; " Dengan cara bagaimanakah boleh dilaksanakan? "

Nufaisara memberi jaminan bahawa dia akan menguruskannya sehingga ianya menjadi nyata dengan baik dan sempurna. Melalui Nufaisara pertemuan antara keluarga Nabi dan Khadijah diatur sehingga perkahwinan mereka ternampak sebagai tidak mengcanggahi adat resam ketika itu.

Akhirnya perkahwinan mereka termetri. Sewaktu berkahwin dengan Rasullullah saw beliau berumur 40 tahun sementara Nabi Muhammad saw pula berusia 25 tahun. Namun usia dan kedudukannya tidak menjadikan ia seorang yang sombong dan ego. Bahkan Khadijah menjadi seorang isteri yang setia melayani suaminya dengan penuh hurmat dan kasih sayang.

Perkahwinan yang menemukan seorang wanita hebat dan seorang lelaki hebat dalam masyarakat Quraish ini sungguh bahagia dan damai sekali. Walaupun keluarga Khadijah pada mulanya tidak bersetuju dengan perkahwinan ini tetapi ketegasan Khadijah ingin menjadikan Nabi suaminya tidak dapat dihalang oleh kaum keluarganya.

Melalui perkahwinan ini Allah mengurniakan mereka dengan 6 orang anak. 2 orang anak lelakinya bernama Kasim & Abdullah yang meninggal dunia ketika masih kecil. Sedang anak perempuan pula bernama Zainab, Ruqayyah, Ummi Kalthum & Fatimah.

Zainab berkahwin dengan sepupu disebelah Khadijah bernama Abu Al Asr ibn Ar Rabi. Sementara Ruqayah berkahwin dengan Saidina Othman ra dan setelah meninggalnya Ruqayah, Rasullullah saw mengahwinkannya dengan anaknya Ummi kalthum. Fatimah pula berkahwin dengan Ali ibn Abi Talib ra sepupu Rasullullah saw. 

Nabi Muhammad saw merupakan seorang pemuda yang terpelihara akhlaqnya oleh Allah swt. 

Zaman jahiliah yang penuh dengan pemuda2 yang sebaya dengannya akan menghabiskan masa mereka berpoya2, berzina, melakukan maksiat, minum arak dan sebagainya selain dari berbunuh  bunuhan sesama sendiri serta menyembah berhala dan mensyirikkan Allah swt. Nabi Muhammad saw tidak menyukai semuanya itu dan senantiasa sahaja mengasingkan dirinya dari masyarakat yang jahiliah itu.

Oleh kerana terlalu memikirkan tentang masaalah sosial Nabi saw membawa diri berkhalwat ke Gua Hira untuk mencari kedamaian dan ketenangan fikiran.

Ketika waktu itu Khadijah akan sentiasa membuat persiapan untuk Nabi berupa bekalan minuman dan makanan. Jika Nabi saw lama tidak pulang ke rumah kerana asyik bertafakur dan beruzlah Khadijah sabar menunggu kepulangannya tanpa marah atau merajuk.

Kedatangan Jibrail as dan Wahyu pertama di Gua Hira'

Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Urwah ibn AzZubair dari Aisyah ra menceritakan tentang turunnya wahyu yang pertama di Gua Hira'.

Ketika itu Jibrail as memerintahkan Nabi saw untuk membaca : " Iqra' !!"

Nabi menjawab : " Maa ana biqari?"

(Aku tidak bisa membaca!")

Jibrail mendakap Nabi saw  dengan kuat dan menyuruhnya membaca sehingga Nabi akhirnya dapat membaca.

Peristiwa ini membuat Nabi saw takut dan khuatir terhadap dirinya. Nabi saw segera turun dari Gua Hira' untuk pulang. Jibrail as menampakkan dirinya di ufuk langit sehingga Nabi saw terasa gerun & takut lantasan tidak pernah melihat yang sebegitu rupa. Walau kemana sahaja dia memandang dia akan melihat Jibrail.

Nabi saw segera pulang ke rumahnya dalam keadaan menggeletar serta menemui Khadijah sambil berkata :   " Selimutkan aku! 3x " sambil memberitahu Khadijah apa yang telah dilaluinya.

Khdijah menurut perintah Nabi dan menyelimutinya dengan selimut serta menenangkan diri Nabi.

Nabi saw berkata ; " Sesungguhnya aku khuatir tentang diri ku sendiri."

Khadijah berkata : " Tidak ..tidak sekali2. Demi Allah. Allah tidak akan menghina kamu kerana engkau penyambung silaturrahim. membantu orang yang memerlukan, meringankan beban orang yang tidak punya apa,  memuliakan tetamu dan menolong untuk kebenaran."

Diriwayatkan setelah Nabi saw tenang, Khadijah pergi bertemu dengan Waraqah  menceritakan kepadanya apa yang telah dilalui oleh Nabi saw. Waraqah memberitahunya bahawa beliau ialah nabi yang telah diberitakan dalam kitab sebelumnya.di turunkan oleh Allah untuk membawa hidayah dan petunjuk kepada manusia. Bahawa beliau akan di usir oleh kaumnya seperti yang telah berlaku kepada Nabi2 sebelumnya dan jika ia berkesempatan ia ingin menjadi pembela Nabi dan bersama2nya menegakkan kebenaran.

Tingginya darjat Khadijah ra 

Allah menyampaikan salam kepada Khadijah ra. Ini  seperti yang dikisahkan melalui hadith yang diriwayat oleh Bukhari dari Abu hurairah ra ;

Jibrail berkata :

" Wahai Rasullullah. Inilah Khadijah yang yang datang sambil membawa bejana yang di dalamnya ada makanan atau minuman. jika dia datang sampaikanlah salam kepadanya dari Rabbnya dan sampaikanlah khabar kepadanya tentang sebuah rumah di syurga yang di dalamnya tidak ada suara yang hiruk pikuk dan tiada keletihan. Hanya kesejahteraan."

Khadijah merupakan orang yang pertama  mempercayai dan beriman kepada Nabi saw dan yang pertama masuk Islam. Dia jugalah orang yang pertama bersembahyang bersama2 Rasullullah saw. Ketika Rasullullah saw memulakan dakwahnya  serta menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakatnya, Khadijah membantunya dengan sedaya upayanya dalam semua aspek. samada memberi inspirasi, dorongan dan kewangan bagi membantu Rasullullah mencapai matlamat serta menjalankan tanggungjawabnya menyebarkan Islam.

Ketika kemuncak dakwah Rasullullah saw orang2 Quraisy memboikot Nabi saw dan pengikut2nya sehingga mereka di usir keluar dari kota Mekah dan tidak mempunyai makanan atau minuman. Khadijah jatuh sakit dan meninggal dunia. Tahun 621 Ad merupakan tahun paling sedih buat Nabi saw kerana isterinya yang dikasihi  yang telah banyak menolongnya pergi meninggalkannya.

Selepas 15 tahun bersama Nabi Muhammad saw Rasullullah saw di angkat menjadi Rasul. Sepuluih tahun selepas itu Khadijah wafat pada umurnya 64 tahun..yakni pada tahun 621 AD. Pada tahun wafatnya itu Allah mengangkat Rasullullah saw berisra' Mi'raj dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan diangkat ke langit untuk mengadap Allah swt.., 3 tahun kemudian  Rasullullah saw diperintah berhijrah ke Madinah..

Peristiwa ini sebagai mengembirakan hati Nabi saw dan meyakinkannya bahawa walaupun Khjadijah sudah tiada Allah tetap ada memberi perlindungan dan pertolongan kepadanya.

Walaupun sudah tiada di sisinya, memori bersama Khadijah selalu bermain di mata Nabi saw. dan Nabi selalu menyebut2 namanya sehingga membuat isteri2nya merasa cemburu.

Pernah suatu hari Aisyah berkata :

" Aku tidak pernah cemburu kepada seseorang pun isteri Nabi seperti cemburu ku pada Khadijah....padahal aku tidak pernah melihatnya akan tetapi Nabi selalu menyebutnya."   ( Riwayat Bukhari)

Aisyah juga pernah berkata :

" seakan2 tiada wanita lain di dunia ini."

Untuk membela Khadijah Rasullullah bersabda :

" Ia beriman kepada ku ketika semua orang kafir. Ia membenarkan aku ketika semua orang mendustakan aku. Ia melapangkan hartanya ketika semuanya mengharamkannya bagi ku. Dan Allah memberi rezeki kepada ku melaluinya berupa anak. "   ( Hadith riwayat Ahmad & masnadnya)

Rasullullah juga berkata terhadap Khadijah :

" Ketika aku miskin Khadijah memberi ku kekayaan. Ketika orang mengganggap aku gila ia tetap percaya kepada ku."

Ketika Jibrail datang kepada Nabi saw yang sedang berduaan dengan Khadijah, Jibrail as berkata :

" Sesungguhnya Allah menyampaikan salam kepada Khadijah . " Nabi saw menyampaikan i ni kepada Khadijah.

Apakah yang dijawab oleh Khadijah? Ia membalas :

"Sesungguhnya Allah lah AsSalam.( Maha Memberi Kesejahteraan). Ku ucapkan salam kepada Jibrail as dan kepada mu. Semoga Allah melimpahkan kesejahteraan, rahmat dan berkahnya kepada mu,"
( hadith riwayat An Nasai dari Anas ra.)


Itu lah khadijah :

1.   Wanita yang berjaya di dalam bidang perniagaan, petah berbicara dan berfikiran jauh serta berwawasan.
2.   Wanita hartawan & bangsawan
3.   Wanita yang pertama masuk Islam dan mendapat jaminan dari Allah akan bersama Asiah isteri Firaun dan    Maryam ibu nabi Isa as.masuk ke syurga.
4.   Wanita pertama Allah jamin masuk syurga dan mendapat rumah yang sejahtera  di sana.
5.   Orang pertama mempercayai Nabi saw
6.   Wanita yang berakhlaq mulia.
7.   Sangat dermawan dan suka menolong orang yang susah.
8.   Orang yang pertama solat bersama Nabi saw.
9.   Ibu mithali yang mendidik anak2nya taat kepada Allah Dan RasulNya.
10. Penyumbang utama tabung kewangan dakwah Rasullullah saw.
11. Penasihat dan kaunselor Nabi saw.
12. Bersifat penyabar



Inilah kisah seorang wanita yang sungguh mulia yang di sanjung oleh seorang Nabi dan Allah sendiri. Wanita yang telah memantapkan perjuangan asas yang awal menyebar dan menegakkan Islam di bumi Allah. Kekuatannya melalui cubaan dan mehna bukanlah mudah tetapi dia mengharunginya dengan penuh tabah dan yakin.

Kita mestilah mengambil kisah ini dan menjadikannya contoh dalam kehidupan kita supaya kita juga mendapat barakah dari Allah dan Allah mengangkat kita sebagaimana Dia mengangkat darjat Khadijah di dunia dan di akhirat.