Pesanan Rasullullah saw :

Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. bersaba:

"Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat .
Berceritalah tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan ke atasnya. Dan sesiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka ia menempati tempat duduknya dari neraka."

(Riwayat Bukhari)

Tuesday 12 October 2010

Khadijah Binti Khuwailid.... Wanita Pertama Memeluk Islam

Makam Siti Khadijah

Siapa tidak kenal dengan Khadijah isteri Nabi Muhammad saw yang pertama dan sangat tersohor kisahnya.

Beliau sebelum menjadi isteri Rasullullah saw,  merupakan seorang wanita yang terkenal di kalangan bangsa Quraish kerana kedudukannya sebagai seorang bangsawan dan wanita yang kaya raya dengan perniagaannya yang maju dan hebat.

Beliau seorang yang dermawan dan mempunyai budi pekerti yang sangat mulia sehingga di kenali dengan gelaran AtTohirah yang membawa maksud yang suci.

Sebelum berkahwin dengan Nabi muhammad saw, beliau sudah pun berkahwin dengan dua orang lelaki bernama Atiq bin Abid. Suaminya yang kedua pula bernama Halal bin Malik.

Bersama suami yang pertama beliau melahirkan 2 orang anak bernama Abdullah & Jariah. Manakala bersama dengan suaminya yang kedua beliau memperolehi dua orang anak juga bernama Hindun & Zainab.

Ketika belaiu mengahwini Nabi Muihammad saw belaiau adalah seorang janda dan berumur 40 tahun sementara Nabi Muhammad saw pula berusia 25 tahun.

Perkahwinan mereka memang sudah di takdir oleh Allah swt,

Pertemuan mereka bermula dengan Khadijah memerlukan seorang lelaki yang boleh dipercayai lagi amanah untuk mengendalikan urusan perniaagaannya yang besar dan berkembang. Perniagaan Khadijah sudah berkembang maju menjadi perniagaan yang bertaraf antarabangsa dengan dagangannya selalu dibawa ke Syams. Di Syams pula barang yang tiada terdapat di Kota Mekah akan dibawa pulang untuk di dagangkan di Kota Mekah.

Urusan ini memerlukan seorang lelaki yang hebat kalibernya, jujur dan tidak menipu serta mengambil kesempatan atas dagangan Khadijah yang banyak itu.

Pada ketika itu orang yang paling dipercayai dan diberi gelaran Al Amin kerana sifatnya yang mulia dan mendapat kepercayaan masyarakat Quraish tidak lain & tidak bukan ialah Nabi Muhammad saw yang mulia.

Cadangan kenalan Quraisynya menggesa Khadijah untuk mengambil Nabi Muhammad saw sebagai pembantu perniagaannya.

Walaupun sudah lama menjadi janda dan walaupun ramai di kalangan bangsawan Quraisy masuk meminang Khadijah namun hatinya tidak terbuka untuk menerima mereka sebagai suaminya. Hidup sebagai seorang janda adakalanya membuatnya sepi tetapi hatinya tidak tertarik pada lelaki Quraisy yang masuk meminangnya walaupun mereka itu sama taraf dengannya...bangsawan, hartawan dan tersohor.

Pada suatu malam beliau telah bermimpi. Beliau telah pergi berjumpa dengan Waraqah Ibn Naufal seorang alim yang berpegang kepada Kita Allah, juga merupakan sepupu Khadijah untuk mentakwilkan mimpinya itu.

Katanya : " Semalam aku bermimpi.... mimpi yang sangat menakjubkan. Aku melihat matahari berputar2 di atas Kota Mekah lalu turun ke arah bumi. Dan semakin dekat dan dekat.

Aku terus memperhatikannya untuk melihat ke mana ia akan jatuh. Ternyata ia turun dan memasuki rumah ku. Cahayanya membuat aku terpegun. Lalu aku terbangun dari tidur ku."

Waraqah berkata : " Aku sampaikan berita gembira kepada mu. bahawa seorang lelaki agung dan mulia akan datang meminang mu. Dia mempunyai kedudukan yang penting dan kemashurannya akan semakin meningkat setiap hari. '

Apabila ditawarkan mengrus perniaagaan Khadijah, Nabi Muhammad menerima tawaran itu dan bermulalah kareernya menjadi pembantu Khadijah menjalankan perniagaannya sampai ke Syams.

Pengalaman Nabi Muhammad saw mengikuti bapa saudaranya Abu Talib sewaktu kecil berniaga 
hingga ke Syams memberikan baginda peluang menghasilkan keuntungan yang lumayan dan berlipat ganda untuk perniagaan Khadijah. Ketika ke Syams beliaun selalu ditemani oleh pembantu pribadi Khadijah bernama Maisara.

Ketika dalam perjalanan pergi dan pulang dari Syams Maisara memerhati semua perkara tentang Nabi Muhammad saw dengan teliti dan bila pulang beliau akan menceritakan segalanya kepada Khadijah.

Ia berkaitan dengan bagaimana terpujinya sifat Nabi Muhammad saw. Bagaimana bagusnya cara perhubungan dan komunikasinya dengan pedagang2 lain yang di temuinya dan bagaimana hujah2nya berhadapan dengan pendeta2 Kristian ketika berbincang mengenai agama Kristian yang semakin lemah. juga bagaimana cekapnya Nabi muhammad saw menjalankan perniagaan dan jualbelinya.

Tidak pernah Nabi Muhammad saw lupa untuk membeli dan membawa pulang buah tangan yang disukai oleh Khadijah ketika pulang dari  misi dagangannya.

Setiap kali rombongan dagangnya pulang dari Syams, Khadijah akan menunggu kepulangan mereka dan tidak sabar2 untuk mendengar laporan yang akan di sampaikan oleh mereka.

Beginilah. Sehingga sedikit demi sedikit hati Khadijah mula menyukai Nabi Muhammad saw dan bibit2 kasih mula tumbuh dalam hatinya terhadap Nabi saw.

Perasaan ini tidak dapat dipendam lama didalam hatinya lalu beliau meluahkan isi hatinya kepada temankaribnya Nufaisara Binti Munyi.

Pada zaman itu adat kaum Quraish tidak mengizinkan kaum wanita meminang kaum lelaki. Lantas Nufaisara    mencari peluang pergi berjumpa dengan Nabi saw dan mengcungkil isi hatinya.

Nufaisara berkata : " Wahai Muhammad. Kenapakah kamu ini tidak berkahwin lagi sedang kamu merupakan seorang yang terkenal dan di sukai oleh masyarakat mu."

Nabi menjawab : " Aku tidak mempunyai apa2 sebagai persiapan untuk perkahwinan."

Nufaisara berkata : " Bagaimana kalau itu disediakan dan yang melamar mu itu seorang yang cantik, berharta, terhurmat dan terkenal. tidakkah kamu akan terima?"

Nabi bertanya : " Siapakah dia? "

" Khadijah Binti Khuwailid."

Hati Nabi juga tertarik kepada Khadijah tetapi tidaklah sampai berfikir ketahap perkahwinan. Lagi pun Khadijah merupakan seorang bangsawan Quraish yang kaya raya. lagi hartawan. Sedang dia hanyalah pekerjanya sahaja.

Nabi bertanya lagi ; " Dengan cara bagaimanakah boleh dilaksanakan? "

Nufaisara memberi jaminan bahawa dia akan menguruskannya sehingga ianya menjadi nyata dengan baik dan sempurna. Melalui Nufaisara pertemuan antara keluarga Nabi dan Khadijah diatur sehingga perkahwinan mereka ternampak sebagai tidak mengcanggahi adat resam ketika itu.

Akhirnya perkahwinan mereka termetri. Sewaktu berkahwin dengan Rasullullah saw beliau berumur 40 tahun sementara Nabi Muhammad saw pula berusia 25 tahun. Namun usia dan kedudukannya tidak menjadikan ia seorang yang sombong dan ego. Bahkan Khadijah menjadi seorang isteri yang setia melayani suaminya dengan penuh hurmat dan kasih sayang.

Perkahwinan yang menemukan seorang wanita hebat dan seorang lelaki hebat dalam masyarakat Quraish ini sungguh bahagia dan damai sekali. Walaupun keluarga Khadijah pada mulanya tidak bersetuju dengan perkahwinan ini tetapi ketegasan Khadijah ingin menjadikan Nabi suaminya tidak dapat dihalang oleh kaum keluarganya.

Melalui perkahwinan ini Allah mengurniakan mereka dengan 6 orang anak. 2 orang anak lelakinya bernama Kasim & Abdullah yang meninggal dunia ketika masih kecil. Sedang anak perempuan pula bernama Zainab, Ruqayyah, Ummi Kalthum & Fatimah.

Zainab berkahwin dengan sepupu disebelah Khadijah bernama Abu Al Asr ibn Ar Rabi. Sementara Ruqayah berkahwin dengan Saidina Othman ra dan setelah meninggalnya Ruqayah, Rasullullah saw mengahwinkannya dengan anaknya Ummi kalthum. Fatimah pula berkahwin dengan Ali ibn Abi Talib ra sepupu Rasullullah saw. 

Nabi Muhammad saw merupakan seorang pemuda yang terpelihara akhlaqnya oleh Allah swt. 

Zaman jahiliah yang penuh dengan pemuda2 yang sebaya dengannya akan menghabiskan masa mereka berpoya2, berzina, melakukan maksiat, minum arak dan sebagainya selain dari berbunuh  bunuhan sesama sendiri serta menyembah berhala dan mensyirikkan Allah swt. Nabi Muhammad saw tidak menyukai semuanya itu dan senantiasa sahaja mengasingkan dirinya dari masyarakat yang jahiliah itu.

Oleh kerana terlalu memikirkan tentang masaalah sosial Nabi saw membawa diri berkhalwat ke Gua Hira untuk mencari kedamaian dan ketenangan fikiran.

Ketika waktu itu Khadijah akan sentiasa membuat persiapan untuk Nabi berupa bekalan minuman dan makanan. Jika Nabi saw lama tidak pulang ke rumah kerana asyik bertafakur dan beruzlah Khadijah sabar menunggu kepulangannya tanpa marah atau merajuk.

Kedatangan Jibrail as dan Wahyu pertama di Gua Hira'

Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Urwah ibn AzZubair dari Aisyah ra menceritakan tentang turunnya wahyu yang pertama di Gua Hira'.

Ketika itu Jibrail as memerintahkan Nabi saw untuk membaca : " Iqra' !!"

Nabi menjawab : " Maa ana biqari?"

(Aku tidak bisa membaca!")

Jibrail mendakap Nabi saw  dengan kuat dan menyuruhnya membaca sehingga Nabi akhirnya dapat membaca.

Peristiwa ini membuat Nabi saw takut dan khuatir terhadap dirinya. Nabi saw segera turun dari Gua Hira' untuk pulang. Jibrail as menampakkan dirinya di ufuk langit sehingga Nabi saw terasa gerun & takut lantasan tidak pernah melihat yang sebegitu rupa. Walau kemana sahaja dia memandang dia akan melihat Jibrail.

Nabi saw segera pulang ke rumahnya dalam keadaan menggeletar serta menemui Khadijah sambil berkata :   " Selimutkan aku! 3x " sambil memberitahu Khadijah apa yang telah dilaluinya.

Khdijah menurut perintah Nabi dan menyelimutinya dengan selimut serta menenangkan diri Nabi.

Nabi saw berkata ; " Sesungguhnya aku khuatir tentang diri ku sendiri."

Khadijah berkata : " Tidak ..tidak sekali2. Demi Allah. Allah tidak akan menghina kamu kerana engkau penyambung silaturrahim. membantu orang yang memerlukan, meringankan beban orang yang tidak punya apa,  memuliakan tetamu dan menolong untuk kebenaran."

Diriwayatkan setelah Nabi saw tenang, Khadijah pergi bertemu dengan Waraqah  menceritakan kepadanya apa yang telah dilalui oleh Nabi saw. Waraqah memberitahunya bahawa beliau ialah nabi yang telah diberitakan dalam kitab sebelumnya.di turunkan oleh Allah untuk membawa hidayah dan petunjuk kepada manusia. Bahawa beliau akan di usir oleh kaumnya seperti yang telah berlaku kepada Nabi2 sebelumnya dan jika ia berkesempatan ia ingin menjadi pembela Nabi dan bersama2nya menegakkan kebenaran.

Tingginya darjat Khadijah ra 

Allah menyampaikan salam kepada Khadijah ra. Ini  seperti yang dikisahkan melalui hadith yang diriwayat oleh Bukhari dari Abu hurairah ra ;

Jibrail berkata :

" Wahai Rasullullah. Inilah Khadijah yang yang datang sambil membawa bejana yang di dalamnya ada makanan atau minuman. jika dia datang sampaikanlah salam kepadanya dari Rabbnya dan sampaikanlah khabar kepadanya tentang sebuah rumah di syurga yang di dalamnya tidak ada suara yang hiruk pikuk dan tiada keletihan. Hanya kesejahteraan."

Khadijah merupakan orang yang pertama  mempercayai dan beriman kepada Nabi saw dan yang pertama masuk Islam. Dia jugalah orang yang pertama bersembahyang bersama2 Rasullullah saw. Ketika Rasullullah saw memulakan dakwahnya  serta menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakatnya, Khadijah membantunya dengan sedaya upayanya dalam semua aspek. samada memberi inspirasi, dorongan dan kewangan bagi membantu Rasullullah mencapai matlamat serta menjalankan tanggungjawabnya menyebarkan Islam.

Ketika kemuncak dakwah Rasullullah saw orang2 Quraisy memboikot Nabi saw dan pengikut2nya sehingga mereka di usir keluar dari kota Mekah dan tidak mempunyai makanan atau minuman. Khadijah jatuh sakit dan meninggal dunia. Tahun 621 Ad merupakan tahun paling sedih buat Nabi saw kerana isterinya yang dikasihi  yang telah banyak menolongnya pergi meninggalkannya.

Selepas 15 tahun bersama Nabi Muhammad saw Rasullullah saw di angkat menjadi Rasul. Sepuluih tahun selepas itu Khadijah wafat pada umurnya 64 tahun..yakni pada tahun 621 AD. Pada tahun wafatnya itu Allah mengangkat Rasullullah saw berisra' Mi'raj dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan diangkat ke langit untuk mengadap Allah swt.., 3 tahun kemudian  Rasullullah saw diperintah berhijrah ke Madinah..

Peristiwa ini sebagai mengembirakan hati Nabi saw dan meyakinkannya bahawa walaupun Khjadijah sudah tiada Allah tetap ada memberi perlindungan dan pertolongan kepadanya.

Walaupun sudah tiada di sisinya, memori bersama Khadijah selalu bermain di mata Nabi saw. dan Nabi selalu menyebut2 namanya sehingga membuat isteri2nya merasa cemburu.

Pernah suatu hari Aisyah berkata :

" Aku tidak pernah cemburu kepada seseorang pun isteri Nabi seperti cemburu ku pada Khadijah....padahal aku tidak pernah melihatnya akan tetapi Nabi selalu menyebutnya."   ( Riwayat Bukhari)

Aisyah juga pernah berkata :

" seakan2 tiada wanita lain di dunia ini."

Untuk membela Khadijah Rasullullah bersabda :

" Ia beriman kepada ku ketika semua orang kafir. Ia membenarkan aku ketika semua orang mendustakan aku. Ia melapangkan hartanya ketika semuanya mengharamkannya bagi ku. Dan Allah memberi rezeki kepada ku melaluinya berupa anak. "   ( Hadith riwayat Ahmad & masnadnya)

Rasullullah juga berkata terhadap Khadijah :

" Ketika aku miskin Khadijah memberi ku kekayaan. Ketika orang mengganggap aku gila ia tetap percaya kepada ku."

Ketika Jibrail datang kepada Nabi saw yang sedang berduaan dengan Khadijah, Jibrail as berkata :

" Sesungguhnya Allah menyampaikan salam kepada Khadijah . " Nabi saw menyampaikan i ni kepada Khadijah.

Apakah yang dijawab oleh Khadijah? Ia membalas :

"Sesungguhnya Allah lah AsSalam.( Maha Memberi Kesejahteraan). Ku ucapkan salam kepada Jibrail as dan kepada mu. Semoga Allah melimpahkan kesejahteraan, rahmat dan berkahnya kepada mu,"
( hadith riwayat An Nasai dari Anas ra.)


Itu lah khadijah :

1.   Wanita yang berjaya di dalam bidang perniagaan, petah berbicara dan berfikiran jauh serta berwawasan.
2.   Wanita hartawan & bangsawan
3.   Wanita yang pertama masuk Islam dan mendapat jaminan dari Allah akan bersama Asiah isteri Firaun dan    Maryam ibu nabi Isa as.masuk ke syurga.
4.   Wanita pertama Allah jamin masuk syurga dan mendapat rumah yang sejahtera  di sana.
5.   Orang pertama mempercayai Nabi saw
6.   Wanita yang berakhlaq mulia.
7.   Sangat dermawan dan suka menolong orang yang susah.
8.   Orang yang pertama solat bersama Nabi saw.
9.   Ibu mithali yang mendidik anak2nya taat kepada Allah Dan RasulNya.
10. Penyumbang utama tabung kewangan dakwah Rasullullah saw.
11. Penasihat dan kaunselor Nabi saw.
12. Bersifat penyabar



Inilah kisah seorang wanita yang sungguh mulia yang di sanjung oleh seorang Nabi dan Allah sendiri. Wanita yang telah memantapkan perjuangan asas yang awal menyebar dan menegakkan Islam di bumi Allah. Kekuatannya melalui cubaan dan mehna bukanlah mudah tetapi dia mengharunginya dengan penuh tabah dan yakin.

Kita mestilah mengambil kisah ini dan menjadikannya contoh dalam kehidupan kita supaya kita juga mendapat barakah dari Allah dan Allah mengangkat kita sebagaimana Dia mengangkat darjat Khadijah di dunia dan di akhirat.







Thursday 2 September 2010

Janji Allah Kepastian Tentang Kemenangan Orang2 Mukmin....Surah AlFath Ayat 27 - 29....

Surah ini merupakan surah dan ayat pertama yang aku hafal pada tahun 1973 ketika berada di Universiti Teknologi Malaysia....dan masih aku ingat hingga ke hari ini.

Didalam wadah mana pun kamu berada pegang kepada ayat ini...cubaan apa pun yang akan kamu hadapi.....tabah dan kuatkan hati mu ......kerana janji Allah pasti benar....Kita akan menang melawan jahiliah & akan menang mengibarkan bendera Islam di persada dunia...

Inilah pesan seorang dai yang telah menjadi sebab terbuka hati ku kepada Islam & telah banyak memberi kefahaman tentang Islan kepada ku...semoga ruhnya di cucuri Allah dan dia di tempatkan bersama2 dengan mereka yang Allah redho...




سُوۡرَةُ الفَتْح
Kebenaran Mimpi Muhammad SAW memasuki Mekah akan terbukti Ayat 27-28

Surah Al-Fath (bahasa Arab: سورة الفتح‎) adalah surah ke-48 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah yang terdiri atas 29 ayat. Dinamakan Al-Fath yang bererti Kemenangan diambil dari perkataan Fat-han yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Sebagian besar dari ayat-ayat surah ini menerangkan hal-hal yang berhubungan dengan kemenangan yang dicapai Nabi Muhammad SAW. dalam peperangannya.
Nabi Muhammad SAW sangat gembira dengan turunnya ayat pertama surat ini. Kegembiraan ini dinyatakan dalam sabda beliau yang diriwayatkan Sahih Bukhari; Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku satu surat, yang surat itu benar-benar lebih aku cintai dari seluruh apa yang disinari matahari. Kegembiraan Nabi Muhammad SAW itu ialah kerana ayat-ayatnya menerangkan tentang kemenangan yang akan diperoleh Muhammad SAW. dalam perjuangannya dan tentang kesempurnaan nikmat Allah kepadanya.


27 Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (yaitu) bahwa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat.[11] 28 Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi.

Sifat-sifat Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya di dalam Taurat dan Injil Ayat 29
29 Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud.[12] Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya, tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.

Ameen Ya Rabbul Alamin....

Erti Kemerdekaan

Salam Ramadan & Kemerdekaan.

Negara kita sudah merdeka sejak tahun 1957 lagi. Tarikh keramat 31hb Ogos, 1957. Setiap kali melangkah ke bulan Ogos bendera akan dikibarkan di serata tempat. Di bangunan tinggi. Di rumah kedai. Di pejabat2. Di depan rumah dan di di atas kenderaan.

Ada yang meletak bendera kecil. Ada pula yang melentangkan bendera besarnya di atas bonet keretanya. Ada juga yang mengibarkan sampai berbelas bendera kecil. Masing2 cuba untuk mempamerkan kebahagian mereka menyambut hari negara merdeka.

Pada hari merdeka kerajaan mengadakan upacara perarakan dan pelbagai konsert yang berakhir hingga larut malam. Bunga api di letupkan dengan indah sekali setiap kali detik jam 12 malam menunjukkan masuknya tarikh tersebut.

Di radio2 pula lagu Allahyarham Sudirman lah yang paling kerap ke udara melaungkan kemerdekaan. Termasuk juga suara Allahyarham Tunku Abdul Rahman yang telah mengistiharkan merdeka pada tahun1957 itu.

Tetapi apakah semua ini menunjukkan bahawa kita sebenarnya sudah merdeka dari penjajahan Barat atau Inggeris atau kemerdekaan itu hanyalah setakat laungan sahaja.

Kalau kita sudah bebas dan merdeka dari penjajahan Inggereis, kita sebenarnya masih berada dalam jajahan mereka kerana ramai di kalangan kita masih lagi memuja Inggeris. Ambil bolasepak sebagai contoh. Ramai yang sangat mengkagumi pasukan bola sepak England seperti Manvhester United, Chelsea, Aston Villa dan sebagainya.

Saya di sekolahkan di sekolah yang bahasa pengantarnya ialah Bahasa Inggeris. Amat sukar bagi saya untuk tidak menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbualan saya. Kadang kadang bila ingin mengutarakan pendapat dalam Bahasa Melayu saya akan berfikir dalam Bahasa Inggeris....barulah saya dapat kejelasan tentang apa yang ingin saya utarakan. Bukan saya saja yang begitu. Kawan kawan yang saya kenali juga mempunyai masaalah yang sama. Bahasa Inggeris sudah berada dalam sistem pemikiran begitu lama sekali hingga sukar untuk di 'delete'kan.


Budaya Inggeris seperti berpakaian dan berbahasa Inggeris masih lagii kita gunakan. Anak2 muda kita masih meniru gaya orang Barat dan berbangga menjadi fan club penyanyi atau pelakon Inggeris dan Barat.

Ramai dikalangan kita masih memuja orang putih. Jika seorang pelancong Inggeris datang kita mudah terpukau dengan mata biru atau mata hijaunya.

Bahkan anak2 gadis kita merasa lebih ayu bila wajahnya segebu dan seputih Mat Salleh. Laris sungguh kosmetik yang menjanjikan kulit muka bisa menjadi gebu dalam masa 3 minggu.Walaupun ramai yang tahu menggunakan kosmetik tersebut mendedahkan mereka kepada penyakit kanser kulit. Masih juga mereka menggunakannya.

Lihatlah betapa ikhlan2 TV yang menggunakan wajah Pan Asia sebagai model ikhlan mereka. Maka seni kecantikan dan nilai kecantikan hanyalah hebat seandainya kita mempunyai mirip wajah orang Barat.

Kita bangga jika anak kita fasih berbahasa Inggeris dan tidak sehebat itu jika dia fasih membaca AlQuran. Memakai kot untuk ke mesyaurat labih nampak bergaya dan professional. Kita nampak segak dan smart. Bila pakai baju Melayu dan bersongkok atau berkupiah itu hanyalah untuk ke majlis baca Yassin, majlis tahlil, kenduri kahwin atau menziarah orang mati sahaja.

Jika anak kita kahwin dengan anak Mat Salleh kita mempunyai tanggapan bahawa anak kita jelita kerana dapat memikat hati Mat Salleh. Dan bila anak yang lahir hasil perkahwinan itu mukanya comel kita rasa sungguh gembira mempunyai waris yang dari keturunan Mat Salleh.

Jikai menyambut tarikh lahir yang ke 21, mereka merasa sudah merdeka dari cengkaman ibubapa dan mereka sekarang bebas melakukan apa sahaja kerana kononya sudah dewasa dan matang memilih jalan hidup sendiri.Satu konsep budaya dari Barat.

Ketika ini telah meresap konsep hidup bebas yang dipelopori oleh Barat...... hidup bebas tanpa sekatan. Bebas hidup bersama dengan orang yang belum dikahwini dan bebas melakukan hubungan seks sesama kaum. Bebas dari belenggu agama, Bebas melakukan jenayah dan hidup tanpa peraturan. Buat segalanya ikut suka hati kita lah....

Anasir ini telah membawa kepada gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat kita. Pembuangan bayi sebagai contoh adalah hasil dari hubungan bebas lelaki dan wanita dan meningkatnya kes2 pembunuhan kerana manusia telah bebas membalas dendam dan berlaku kejam tanpa perasan dan sifat kemanusiaan atau mengambilkira undang undang.


Lihatlah di sekitar kita. Betapa banyaknya restoran segera dari Barat yang menjual jenama mereka seperti KFC, McDonald, A & W, Fish Shop, King's Burger...yang dirasa lebih enak dan menyelerakan walaupun hidangan kita tak kurang hebatnya dan walaupun harganya berganda ganda jauh lebih mahal dari masakan tempatan....masih ramai orang kita yang berduyun duyun membawa keluarga mereka makan di sana....


Yang terkini isu pemerdagangan orang...menjual kanak-kanak, wanita & lelaki untuk melakukan kerja-kerja yang terlarang bagi mendapat keuntungan yang lumayan tanpa mengira kesan di sebalik perbuatan tersebut.


Manusia telah kembali ke zaman gelap dan jahiliah. Tiada berperi kemanusiaan. sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat wang yang lumayan...sudah tiada lagi harga diri. sudah tiada lagi kemerdekaan. Yang ada hanyalah perhambaan. Perhambaan antara manusia. Perhambaan dalam budaya & cara hidup. Perhambaan dalam sukan dan olahraga. Perhambaan seks & hawa nafsu. Dan ini dilakukan kerana manusia sendiri bersetuju untuk di perhambakan. Mungkin kerana kemiskinan seperti warga negara asing yang datang ke Malaysia untuk mendapat pekerjaan melalui orang tengah yang memeras mereka dengan pembayaran yang berlipat kali ganda.


Atau kegahirahan mendapat kekayaan yang cepat. Seperti pemain bolasepak yang bersetuju untuk dijual dengan harga yang tinggi. Mereka juga menraih pembayaran yang tinggi bila bertukar kelab tempat mereka bermain.


Juga mungkin mereka tidak ada pilihan kecuali akur dengan apa yang terjadi pada diri mereka. Seperti kanak-kanak yang dijual kepada orang lain sebagai anak angkat atau untuk jadi peminta sedekah.

Apakah erti sebenarnya  merdeka? Apakah yang di maksudkan dengan bebas memilih dan bertindak? Adakah ia bermaksud kita bebas melaku apa sahaja yang kita suka tanpa mengira batas dan sempadan dan risiko yang di ambil?


Sejak kecil ibubapa kita tidak menekan makna bebas yang sebenarnya kepada kita.

Saya dilahirkan dalam keluarga yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air Malaysia dari penjajahan British. Usaha mereka menjadikan Malysia kini menjadi negara yang berdaulat dan mempunyai perlembagaan sendiri. Saya bangga menjadi sebahgian dari keluarga ini kerana perjuangan mereka bukan sahaja membebaskan negara dan bangsa dari jajahan British ketika itu tetapi memperjuangkan kepentingan bangsa dan agama.


Hanya apabila merenung senario di atas, hati saya jadi pilu mengenangkan nasib anak bangsa yang terpesong jauh. Mereka sepatutnya mempunyai identiti sendiri sebagai anak bangsa yang bangga dengan kebudayaan, kesenian, tatasusila dan amalan bangsa dan agama mereka. Bukan  mudah terpengaruh dengan apa yang di hidangkan oleh dunia luar yang begitu asing dari kepercayaan dan amalan agama kita iaitu agama Islam.


Apabila diajukan persoalan kenapa jadi begini kepada golongan ini samada dari golongan tua atau muda, kaya atau sederhana, berpelajaran tinggi atau menengah jawapan yang diberi adalah ...bukankah ini gaya hidup terkini, trend atau lifestyle yakni gaya hidup moden yang dipaparkan dalam media elektronik, media masa atau di internet......bahawa untuk menjadi "in" maka harus berpakaian, bertutur, berfikiran, beramalan dan bergaul begini. Jika tidak maka akan digolongkan ke dalam golongan yang kolot dan ketinggalan zaman..."out of date"

Apakah pandangan Islam tentang kemerdekaan yang sebenarnya?
Kata-kata  Rubie ibn Amir kepada Rustum seorang panglima Rum memberi gambaran yang jelas erti kemerdekaan.
:
الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله, ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة:

Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.

Ini bermakna bahawa Islam mengajar manusia melalui Rasullullah saw bahawa :

1. Kemedekaan sebenar ialah bebasnya manusia daripada penghambaan sesama manusia samada sesama kaum atau antara kaum atau antara jantina.
.
2. Bebasnya manusia daripada undang2 agama dan undang2 manusia yang menzalimi manusia sendiri kepada keadilan undang undang Islam yang adil dan saksama.

3. Bebas daripada dunia dan apa yang diperolehi di dunia sahaja kepada tujuan yang lebih mulia dan tinggi iaitu keluasan rahmat dan janji Allah di dunia dan di akhirat.

3 prinsip ini amat universal dan dapat diguna pakai oleh siapa sahaja , di mana dan di zaman  mana pun seandainya mereka memahami tujuan Allah menetapkan peraturan dan halal haram dalam Islam serta tidak melihatnya sebagai penghalang untuk hidup bebas, maju dan bertamadun.

Merdeka dalam Islam bermakna kita hanya meletakkan Allah sebagai Rabb yang kita sembah. Kita tidak takut dan tidak tertakluk kepada kuasa kuasa yang bermaharajalela di dunia ini. Kita hanya takut kepada Allah sahaja. Kita tidak takut kepada ketua kita, boss kita atau majikan kita. Walaupun kita tidak takut pada mereka kita menhurmati mereka seadanya.

Seluruh hidup kita tertumpu dalam pengabdian kepadaNya sahaja. Sesiapa yang menentang Allah harus diberi peringatan tentang balasan yang akan mereka terima di dunia dan di akhirat.

Di dalam Islam seseorang tidak melebihi yang lain. Yang membezakan mereka hanyalah taqwa kepada Allah.

Sebagai orang Islam kita hanya mengamalkan hukum dan undang undang Islam yang adil dan diturunkan oleh Allah demi kesejahteraan manusia.

Kemerdekaan hati seorang Muslim akan memburu redho Allah. Melakukan segalanya dengan ikhlas bukan kerana inginkan nama, kedudukan dan pangkat duniawi semata.

Allah dalam firmanya dalam surah AsSyams telah memberi manusia pilihan dalam menentukan tujuan hidupnya. Memilih yang kanan atau yang kiri. yang baik atau yang buruk. Mderka yang membuat pilihan yang baik itulah nanti yang akan mendapat kejayaan.

" maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan,sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya." (QS. 91:8-10)

Kemerdekaan ini adalah kemerdekaan yang berpandukan ajaran AlQuran dan hadis Nabi yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw. 

Kemerdekaan ini adalah kemerdekaan yang mempunyai batas dan nilainya yang tersendiri. 

Kita bebas bersuara tetapi bersuara untuk menegakkan keadilan. Bersuara untuk menentang kemungkaran dan kezaliman. Bersuara supaya manusia kembali menyembah Allah swt sepenuhnya. Bersuara demi menegakkan kebenaran illahi.

Kemerdekaan dalam Islam memerdeka kita dari perhambaan sesama manusia. Tiada siapa pun boleh menjadikan saudaranya yang lain sebagai hamba. Mereka harus menghurmati yang lain walaupun berbeza warna kulit, berbeza taraf kehidupan dan darjat, berbeza bangsa dan bahasa.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Surah AlHujurat : 13

Bahkan Allah telah menetapkan bahawa mereka dicipta Allah untuk saling kenal mengenali antara satu sama yang lain. Saling hurmat menhurmati dan saling bantu mambantu.

Mereka merdeka menimba ilmu pengetahuan dan merantau mencarinya. Mereka merdeka dan bebas memilih pasangan hidup mereka dari kalangan kaum mereka sendiri.

Di dalam negara Islam sekalipun agama lain bebas dan merdeka mengamalkan ajaran agama mereka, bebas mengadakan aktibiti keagamaan mereka tanpa takut dikecam atau disekat oleh Islam.

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)” [Surah al-Baqarah : 256].

Ibn Kathir rh didalam Tafsirnya menyebut : “Jangan memaksa seseorang menjadi Islam, kerana sesungguhnya Islam itu terang dan jelas, beserta dalil dan bukti yang juga jelas, maka tidak perlu untuk memaksa seseorang itu memeluk agama Islam, Bahkan, Allah akan member hidayah Islam kepada seseorang, membuka hatinya, menerangi pemikirannya, dan masuk Islam dengan yakin. Barangsiapa yang Allah butakan hatinya, ditutupkan pendengaran dan penglihtannya, maka tiadalah munafaat memaksanya memasuki Islam…..”

Dunia ini kecil di mata hamba Nya yang merdeka. Dunia ini hanyalah sementara ....mereka tidak hidup untuk dunia......yang abadi ialah Allah dan alam akhirat.

Inilah puncak kemerdekaan seorang hamba Allah.