Pesanan Rasullullah saw :

Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. bersaba:

"Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat .
Berceritalah tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan ke atasnya. Dan sesiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka ia menempati tempat duduknya dari neraka."

(Riwayat Bukhari)

Thursday 29 September 2011

Sikap Bekerja,....Kata-kata Proffessor Ungku Aziz.....



Untuk renungan para pekerja .....mungkin ada kebenarannya...anda tergolong ke golongan yang mana satu...sila pilih...

Doa antara 2 sujud...berkongsi dari seorang sahabat...



Doa ini selalu dibaca dan lupa untuk memahami maknanya...alangkah bagusnya doa ini bagi hamba2Nya yang  sentiasa mengharapkan petunjuk dariNya....YaAllah makbulkan lah permintaan kami...ameen

Wednesday 23 March 2011

Kasih Sayang ( Ukhuwah ) dan Persaudaraan Di Dalam Islam Faktor Kemenangan Islam

Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik ra pembantu Rasullullah saw katanya : " Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasihi untuk dirinya sendiri". ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Amat pentingnya kasih sayang didalam Islam sehingga Rasullullah menekankan bahawa jika kamu tidak berkasih sayang antara sesama mu maka sebenarnya kamu tidak beriman pada Allah swt dan NabiNya. Maka kasih sayang ini di syaratkan sebagai tanda-tanda orang yang beriman.

Beriman kepada Allah swt dan Rasulnya melahirkan sifat-sifat yang mulia. Beriman bererti kita tunduk dan patuh kepada Allah swt dan ingin mencapai ketinggian darjat serta mendapat redhoNya. Orang yang beriman akan bertungkus lumus mengerjakan apa sahaja yang diperintah oleh Allah dan RasulNya. Dia melakukan yang maaruf dan meninggalkan yang mungkar. Tiada perasaan hasad dengki, benci, cemburu, khianat kepada orang lain. apatah lagi orang yang sama-sama mendokong dan mempercayai apa yang dia percayai dan imani.

Perasaan gembira mengetahui bahawa ada insan lain yang beriktikad sepertinya membuat dia ingin mendekati hamba itu dan berkongsi pandangan dan pendapat serta cuba melakukan amal ibadat bersama-sama supaya dia tidak merasa keseorangan.

Ada tempatnya untuk meluahkan perasaannya dan mengadu hal-hal yang berkaitan dengan kepercayaannya. Oleh kerana itu dia akan sedaya upayanya mendekati dan mengukuhkan ikatan persaudaraan antara sesama mereka supaya seandainya ada yang ingin menjadikan mereka kafir atau melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak Allah maka dia akan mencari kekuatan dari temannya supaya berpegang teguh pada keyakinannya iaitu Islam.

Oleh kerana itulah juga dia akan berusaha sedaya upayanya untuk memastikan supaya rakan dan sahabatnya ini sentiasa bersama-samanya melakukan ibadah dan meningkatkan iman mereka. Dia sangat menjaga supaya sahabatnya ini senitiasa mendekatkan dirinya kepada Allah bersama2nya. Tidak kira dari latar belakang apa, persatuan apa, bangsa apa. keturunan apa. Mereka tetap berkasih sayang.

Kasih sayangnya kepada sahabatnya ini bertambah dari sehari ke sehari kerana kuat menguatkan diri untuk maju di dalam hubungan mereka dengan Allah. dia akan memastikan supaya saudaranya sentiasa gembira. Cuba untuk memahami perasaan saudaranya dan jika ada masaalah akan bersama-sama mencari jalan menyelesaikannya.

Rasullullah saw bersabda dalam hadis yang di riwayat oleh AtTirmizi :
" Kasihkan manusia sesuatu yang kamu kasih untuk diri kamu sendiri. "

Mereka tidak mencaci, mencemuh, mengumpat, menghina dan menjatuhkan maruah saudaranya. Apalagi untuk menuduhnya melakukan perkara yang keji dan dilaknat Allah. . jika pun saudaranya bersalah kesalahan ini akan cuba ditutup supaya tidak dikatahui orang lain. Kesalahan besar seperti berzina atau melakukan liwat mestilah mempunyai bukti bukti yang cukup syarat seperti yang ditetapkan oleh undang undang Islam...dan di kemukakan di mahkamah supaya yang tertuduh dapat membela dirinya.

Rasullullah juga bersabda :
" Perumpamaan orang-orang mukmin dalam berkasih sayang, kecintaan dan lemah lembut mereka seperti satu badan. Apabila satu anggota badan mengadu kesakitan, maka seluruh anggota turut menanggung kesakitan dan sama-sama berjaga malam. " ( Riwayat bukhari dan Muslim)

Dalam Surah Al Fath  48 : ayat 27 Allah berfirman :

" Muhammad itu adalah Rasul ( Utusan ) Allah. Orang-orang yang bersama dengannya ( Mukmin ) sangat keras terhadap orang-orang kafir; berkasih sayang antara sesama mereka. Enhgau lihat mereka itu rukuk, sujud serta mengharap kurnia daripada Allah dan keredhoaanNya. Tanda mereka itu adalah di muka mereka. Contoh mereka ini ada di dalam Taurat dan ada di dalam Injil, ialah seperti tanaman yang mengeluarkan pucuknya lalu bertambah kuat dan bertambah besar lalu tegak lurus batangnya sehinggan ia menakjubkan orang-orang yang menanamnya. Allah ingin menjengkelkan orang-orang kafir. Sesungguhnya Allah menjanjikan keampunan dan pahala yang besar untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh di antara mereka. "

Di zaman Rasullullah saw kita dapat menyaksikan bagaimana eratnya persaudaraan antara sesama sahabat Nabi sebagaimana yang ditunjukkan oleh Kaum Ansar ketika Kaum Muhajirin berhijrah ke Madinah. Mereka menawarkan separuh dari harta mereka, rumah mereka, hamba mereka hingga sanggup juga memberi isreri mereka untuk kebahagiaan sahabat di dalam Islam yang datang tanpa harta benda dan berhijrah demi menegakkan Islam dan mentaati perintah Allah dan RasulNya.

Begitulah yang hendak kita wujudkan dalam ikatan persaudaraan kita sesama Muslim. Binalah kasih sayang antara kita dengan sekuat mungkin .Ini adalah tuntutan dari Allah swt untuk orang-orang yang beriman. Kasih sayang ini hanya mampu dibina seandainya kita sedar bahawa inilah yang membuat kita kuat dan mendapat kemenangan menegakkan Islam di muka bumi ini.

Itulah antara sebab mengapa syaitan berusaha sedaya upaya memecah belah perpaduan ummat Islam dengan menimbulkan syak wasangka dan rasa khuatir antara sesama Islam supaya binaan ini roboh.

Dalam sepanjang sejarah Islam hasutan dan mengadu domba supaya orang-orang Islam berpecah belah dan susah untuk bersatu. Sedikit perbezaan menjadi sebab untuk bermusuh antara satu sama lain. seandainya kita sedar kita akan berusaha untuk tidak dikaburkan oleh syaitan dan pengikut2 nya.

Kerana bila kita tidak berkasih sayng maka kita takkan bersatu. Bila tidak dapat bersatu Islam akan gagal dan kemenangan akan susah untuk dicapai.


Sunday 20 March 2011

Tsunami....Satu Bahasa Alam dan Kemurkaan Allah


Tsunami di Acheh.
..lari untuk menyelamatkan diri..
Pada 26hb Disember tahun 2004 dulu, kita dikejutkan dengan ombak tsunami yang melanda pantai Acheh. Ombaknya yang panas membawa lahar dari bumi yang menggelodak dan meragut nyawa manusia dan merubah permukaan pantai Acheh dengan sekelip mata. Masjid ArRahman yang tersergam kukuh tanpa tercemar dek tsunami menyedarkan kita bahawa ombak ganas ini mampu memilih apa yang akan dimusnahkannya dan apa yang akan terselamat dari pukulannya yang dahsyat. Kenapa begitu? Sedang bangunannya juga adalah sama dengan bangunan bangunan yang lain.

Sebelum ini saya tidak pernah mendengar berita pun tentang tsunami. Gambar gambar yang di ambil mengenainya membuat hati terasa gerun dan kecut. Melihat segala yang dihanyutkan termasuk, rumah, kenderaan, manusia dan pokok pokok, membuatkan saya sedar bahawa tiada siapa yang akan terselamat kecuali dengan kehendak dan bantuan dari Allah swt sahaja yang mampu berbuat begitu.

Kemudian kita digegarkan lagi dengan tsunami yang melanda Jepun baru baru ini. Lebih hebat dan lebih dahsyat.... tidak pernah dalam hidup saya menyaksikan dua tsunami dalam jarak beberapa tahun sahaja.

Ia menggegarkan jiwa saya.

Bukan itu sahaja. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini bukan sahaja tsunami, ribut taufan, banjir besar, tanah runtuh, gempa bumi, meletupnya gunung berapi dan berbagai bagai lagi malapetaka yang meragut ratusan dan ribuan nyawa di seluruh dunia. Tidak cukup dengan itu di dalam cuaca yang begitu sejuk, bekalan elektrik terputus ...kemudian meletup pula pusat nuklear yang membawa radiasi yang boleh menyebabkan kesan radiasi yang mungkin membawa masaalah kesihatan dan kematian.

Alam seperti sungguh marah dan inginmeneriakkan sesuatu tetapi siapakah yang akan mendengarnya?
Apakah yang sebenarnya dan sepatutnya kita fahami dan baca dari bahasa alam yang sangat hebat ini? Apakah kita  nampak  isyarat isyarat yang ingin di sampaikan itu? Dan adakah ia menimbulkan perasaan ingin tahu dan heran serta gentar kenapa semua ini berlaku? Juga adakah cara supaya kita dapat perlindungan Allah sebagaimana Allah melindungi Nabi Nuh as.

Saya mencari jikalau ada ayat2 AlQuran yang menyebut tentang air banjir dan ombak besar serta air panas yang keluar dari bumi seperti ketika tsunami melanda Acheh dan Jepun.

Kisah Nabi Nuh as yang dilanda banjir merupakan satusatunya kisah tentang kemusnahan manusia kerana banjir di dalam AlQuran. Tetapi apa yang saya temui sungguh mengejutkan. Rupa2nya ombak ketika banjir Nabi Nuh as adalah setinggi gunung. Lebih tinggi dari ombak tsunami yang hanya 10 meter atau lebih. Juga air yang keluar dari laut itu di sebut seperti air yang di keluarkan dari dapur ( AtTannur) yang sangat panas. Saya hanya mecatatkan makna dari ayat2 tersebut. Jika anda ingin melihatnya sendiri silakan rujuk pada surah2 yang telah dicatitkan. Dan seandainya anda menemui ayat ayat yang lain silakan kongsi bersama saya di ruangan komen dan tinggalkan komen anda untuk pengetahuan saya.

Dan disebut juga bahawa banjir ini terjadi kerana Allah sangat murka kepada kaum Nabi Nuh as lantaran  mereka ingkar dengan Allah dan Rasulnya iaitu Nabi Nuh as. Maka maknanya tsunami yang berlaku di zaman ini juga adalah kemurkaan Allah terhadap hamba2Nya dan sebagai peringatan kepada mereka yang lain.


 Manusia di beri peringatan oleh Nabi nuh as untuk menyembah Allah sahaja :


“Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya (dengan memerintahkan): “Berilah kaummu peringatan sebelum datang ke-padanya azab yang pedih.” (QS. Nuh, 71: 1) 


“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, (dia berkata): “Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagi kamu, agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesung-guhnya aku khawatir kamu akan ditimpa azab (pada) hari yang sangat menyedihkan.” (QS. Huud, 11: 25-26)


“Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa oleh azab yang menghinakannya dan yang akan ditimpa azab yang kekal.” (QS. Huud, 11: 39) 


“Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya).” (QS. Al A’raaf, 7: 64) 



 Nabi Nuh as Mengadu Kepada Allah Tentang Pendustaan Kaumnya


Maka dia mengadu kepada Tuhannya: ‘Bahwasanya aku ini adalah orang yang dikalahkan, oleh sebab itu tolonglah (aku)’.” (QS. Al Qamar, 54: 10) !

“Nuh berkata: ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaum-ku malam dan siang. Maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran)’.” (QS. Nuh, 71: 5-6) !
“Nuh berdoa: ‘Ya Tuhanku, tolonglah aku, karena mereka mendusta-kan aku’.” (QS. Al Mu’minuun, 23: 26) 


“Sesungguhnya Nuh telah menyeru Kami: Maka sesungguhnya sebaik-baik yang memperkenankan (adalah Kami).” (QS. Ash-Shaaffaat: 75) !
Amaran Nabi nuh as Kepada Kaumnya
" Agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku khawatir kamu akan ditimpa azab (pada) hari yang sangat menyedihkan. (QS. Huud, 11: 26) !

Perintah Allah & Persiapan Nabi nuh as menghadapi bencana alam dengan membuat sebuah bahtera 

“Lalu Kami wahyukan kepadanya: “Buatlah bahtera di bawah peni-likan dan petunjuk Kami, maka apabila perintah Kami telah datang dan ‘tannur’ telah memancarkan air, maka masukkanlah ke dalam bahtera itu sepasang dari tiap-tiap (jenis), dan (juga) keluargamu, kecuali orang yang telah lebih dahulu ditetapkan (akan ditimpa azab) di antara mereka. Dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang zalim, karena sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan.” (QS. Al Mu’minuun, 23: 27)
Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami, dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang zalim itu, sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan.” (QS. Huud, 11: 37)


Mulanya Banjir
Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang tercurah. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata-mata air, maka bertemulah air-air itu untuk satu urusan yang sungguh telah ditetapkan. Dan Kami angkut Nuh ke atas (bahtera) yang terbuat dari papan dan paku.” (QS. Al Qamar, 54: 11-13)
Air Ombak Yang Panas Datang Dari Dapur ( AtTannur)
“Hingga apabila perintah Kami datang dan ‘dapur’ (permukaan bumi yang memancarkan air  panas hingga menyebabkan timbulnya taufan) telah memancarkan air, Kami berfirman: “Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing-masing binatang sepasang (jantan dan betina), dan keluargamu, kecuali orang yang telah terdahulu kete-tapan terhadapnya dan (muatkan pula) orang-orang yang beriman.”  (Al Mukminun : 23-27)
Air naik sampai ke Gunung


“Sesungguhnya Kami, tatkala air telah naik (sampai ke gunung), Kami bawa (nenek moyang) kamu ke dalam bahtera, agar Kami jadi-kan peristiwa itu peringatan bagi kamu dan agar diperhatikan oleh telinga yang mau mendengar.” (QS. Al Haaqqah, 69:11-12)
Hanya Allah yang bisa menyelamatkan kita dari ombak ini..
“Kemudian sesudah itu Kami tenggelamkan orang-orang yang tinggal.” (QS. Asy-Syu’araa’, 26: 120) !
“Maka kami selamatkan Nuh dan penumpang-penumpang bahtera itu dan kami jadikan peristiwa itu pelajaran bagi semua umat manusia.” (QS. Al Ankabuut, 29: 15
Nabi Nuh Selamat dari bencana dan  mereka yang mendustakannya tenggelam

“Kesejahteraan dilimpahkan atas Nuh di seluruh alam”. Sesungguh-nya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.” (QS. Ash-Shaaffaat, 37: 79-81)

Maka Kami selamatkan Nuh dan orang-orang yang besertanya di dalam kapal yang penuh muatan.” (QS. Asy-Syu’araa’, 26: 119)


“Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya).” (QS. Al A’raaf, 7: 64)

Mata mata yang menyaksikan
kemusnahan akibat Tsunami
“Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan keza-liman.” (QS. Al Qashash, 28: 59)

" Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya).” (QS. Al A’raaf, 7: 64) !

Gelombang Laksana Gunung

“Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung, dan Nuh memanggil anaknya, sedang anak itu berada di tempat jauh terpencil: “Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir.” Anaknya menjawab: “Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!” Nuh berkata: “Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (saja) Yang Maha Penyayang”. Dan gelombang menjadi penghalang antara ke-duanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang diteng-gelamkan.” (QS. Huud, 11: 42-43)
Banjir Zaman Nabi Nuh Lebih Teruk dari Tsunami 
Ternyata jelas bahawa banjir di zaman Nabi Nuh merupakan banjir yang berlaku akibat air panas yang keluar dari bumi yang mencetuskan ribut taufan dan gelombang setinggi gunung. Tiada manusia yang terselamat darinya. Ia di datangkan oleh Allah kerana keingkaran manusia terhadap perintah Allah supaya menyembahNya.. Apabila manusia engkar Allah menurunkan bala bencana alam seperti banjir dan tsunami.
Sebelum berlakunya banjir Allah telah berkomunikasi melalui wahyuNya dengan Nabi Nuh as , memberitahunya akan kedatangan malapetaka ini. Dan jarak warning yang Allah berikan cukup masanya untuk membina sebuah bahtera sebagai alat untuk menyelamatkan diri baginda dan orang orang yang beriman.
Alat telekomunikasi yang canggih dizaman ini menggunakan satelit dan alat pengesan tsunami pun tidak mampu memberi amaran akan tibanya bencana ini. Hanya Aallah bisa melakukannya.


Se waktu Tsunami melanda negeri Thailand di beritakan bahawa binatang binatang telah lari ke bukit2 mencari perlindungan. Ini adalah satu lagi telekomunikasi Allah kepada haiwan supaya mereka menyelamatkan diri mereka sebelum datangnya tsunami sebagaimana mereka telah datang ke bahtera Nabi Nuh as ...menurut perintah Allah demi keselamatan dari di tenggelami banjir dan pupus.


Dapatkah kita berhubung dengan Allah sebegitu baik jika kita tidak memulakan perhubungan itu dengan menyembah dan mengesakanNya terlebih dahulu dengan sepenuh jiwa dan keikhlasan kita. Allah akan membantu hamba2Nya yang soleh dengan apa cara sekalipun jika kita sentiasa rapat dan memohon perlindungan kepadaNya selalu.


Banjir di zaman Nabi Nuh as adalah kerana manusia engkar pada RasulNya dan mengerjakan perbuatan yang diharamkan oleh Allah swt. Di zaman ini juga manusia yang engkar kepada Allah dan mengerjakan perbuatan yang melanggar hukum Allah seperti berzina, membunuh, melakukan kezliman dan maksiat, merampas hak manusia lain, mencuri, minum arak, dan semua yang Allah benci akan termasuk ke dalam golongan yang akan di timpa bencana oleh Allah. Bencana ini tidak mengenal anak, ibu, bapa, suami atau isteri.
Doa & Harapan 
Masjid ArRahman yang terselamat dari
 badai tsunami di Acheh 26hb. Disember 2004.
Sebagai umat Islam dan orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya kita bukan hanya mampu berdoa kepada Allah supaya di elakkan kita dari di timpa bencana dan menyelamatkan kita seandainya kita di tempat itu ketika berlakunya bencana....tetapi kita juga mampu menegakkan kebenaran dan mengajak manusia kembali kepada mengamalkan ajaranNya yang mulia...namun jika sudah sampai masa kita bertemu dengan Nya,  supaya Allah mematikan kita di dalam iman yang benar....


Bacalah doa ini yang telah diajarkan oleh Rasullullah saw kepada kita untuk mendapat perlindungan Allah swt 
. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَدْمِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ التّرَدِّي، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْغَرَقِ، وَالْحَرَقِ، وَالْهَرَمِ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِراً، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ لَدِيغاً ٭ رواه ابو داود 
( Hadis Riwayat Abu Daud)

{ Yaa Allah aku berlindung kepadaMu dari kejatuhan, dan aku berlindung padaMu dari tergelincir, dan aku berlindung padaMu dari tenggelam (banjir), terbakar dan pikun (wabak). Dan aku berlindung padaMu apabila syetan menjerumuskan padaku ketika akan mati, dan aku berlindung padaMu apabila mati dalam keadaan mundur dari agamaMu (murtad), dan aku berlindung padaMu apabila mati karma di sengat. }



Mudah mudahan Allah memakbulkan doa kita...Ameen

Tuesday 8 March 2011

Stesyen Kedua Mengenali Islam

Naskah yang diberi kepada saya untuk dibaca di letakkan dalam sampul surat berwarna merah. Macam sampul surat angpau hari raya Cina. Saya tidak membukanya terus kerana malas melayan permintaan orang yang tak berapa saya kenali ini tetapi sering mengganggu fikiran saya dengan soalan2 yang saya dipaksa menjawabnya.

Selepas membelek2 sampul surat itu saya mencampakkannya ke atas meja di bilik hostel saya di Blok G.

Banyak kerja kursus yang mesti saya hantar dan projek2 yang mesti saya siapkan sebelum hujung minggu berakhir. Menyiapkan projek memerlukan saya berjaga malam dan kadang2 tak tidur bermalam2. Bila dah habis di hantar dan sesi kritikan pun berlalu penatnya bukan main. Bila balik ke bilik terus bongkang tak sedar diri hingga esoknya. Hanya bangun untuk mandi, ke bilik air untuk panggilan alam atau solat.... selepas itu sambung tidur.

Maka sampul surat berwarna merah itu tidak saya sentuh sehinggalah dua minggu berlalu.

Ketika sedang duduk di meja melayani telinga dengan lagu2 dari kaset yang menjadi kegemaran saya terdiri dari lagu2 Inggeris yang merdu dan sangat meruntun jiwa, saya membelek kembali sampul itu. Tiada nama saya pun ditulis di atasnya. Bersih.

Saya membukanya kerana ingin tahu apakah cerita yang sungguh  istimewa sehingga saya di suruh membacanya.

Di dalamnya ada sekeping kertas putih yang di lipat2 hingga menjadi sangat kecil. Saya tetrpaksa membuka lipatannya satu persatu untuk melihat kandungannya.

Alangkah terkejutnya saya. Perasaan marah meluap2 dalam hati saya.. Jika boleh terbang berjumpa dengan si keparat ini saya akan terbang saat itu jua.

Kertasnya kosong.  K O S O N G!!!!!

Tidak ada apa2 yang di tulis atau tertulis di atasnya.

Apa maksud dia ini. Ingin mempermain2kan saya agaknya. Tunggu saya akan katakan isi hati saya tentang dia bila berjumpa nanti . Jaga..

Sebenarnya saya tidak perlu berjumpa dia untuk apa2 pun. Kenapa buang masa yang berharga. Pergi main tennis atau jogging lagi membawa kebaikan daripada melayaninya.  Tapi saya mahu berjumpa kerana dia membuat saya sungguh marah.

Kebetulan ketika hari Sabtu itu saya tidak ada ancangan kemana2. Lantas saya ke kafetaria pelajar untuk sarapan sambil mengharapkan dapat bertemu dengan teman2 se kuliah untuk menanyakan jika mereka ada rancangan menarik untuk di buat hujung minggu itu.

Saya beli nasi lemak dan karipap dan minum air teh o panas. Sekujur ada suara menyapa.

" Hujung minggu tak kemana nampaknya?"
Suara itu kembali lagi berkumandang di telinga saya.

" Tak." Saya membalas bosan.

Kenapa saat begini mesti berjumpa lagi dengan si dobot ini.

" Sudah baca nashkah yang saya beri.? "

" Saya tidak dapat membaca apa2 kerana jelas kertasnya sungguh putih hingga tulisannya tidak nampak."

"Oh itu!." Dia ketawa besar.

" Kamu sungguh sudah mempermainkan saya.. Sila ambil kembali sampul ini kerana saya tak perlu menyempitkan meja saya dengan sesuatu yang tidak berguna."

" Masakan kamu tidak bisa membaca..... mungkin harus pergi ke kedai cermin mata untuk dapat melihat isi kandungannya."

" Kita kan semuanya ahli saintis di sini. Cerdik pandai yang saya rasa tahu apa maknanya boleh mambaca. Mata saya masih bagus dan saya tak perlukan cermin mata untuk nampak apa yang di hadapan mata saya."

" Kalau begitu baca kan kepada saya apa yang terkandung da dalam naskah itu."

" Tiada apa2 yang perlu dibaca."

" Wah...kamu sungguh buta.."

Ini sudah melampau...

" Saya harus pergi..maaf."

" Tunggu..biar saya katakan.....kamukan sedang berjalan dalam kehidupan. Kalau kamu naik kereta kemudian tiba dipersimpangan jalan...ada lampu isyarat...ada apa yang kamu lihat? Lampu merah, hijau dan kuning kan? Kalau lampu merah kamu berhenti dan lampu hijau kamu boleh berjalan. Sedang lampu kuning kamu harus siap sedia."

" Apa kaitan lampu2 ini dengan saya?"

" Sebab itu saya kata kamu buta..... saya bagi kamu sampul merah...ada kamu berhenti berfikir seketika kenapa warnanya merah dan tidak putih. Bila di buka kertasnya putih dan kamu tak lihat apa2 pun yang tertulis di atasnya sedang saya menyuruh kamu membaca."

" Di mana huruf2 nya untuk di baca?"

" Kalau membaca itu mesti ada tulisan kah? Kamu baca fikiran saya...tak perlu tulisan...kamu baca gerak tubuh saya dan faham kalau seandainya saya marah atau gembira...pun tak perlu tulisan...Kamu rasa angin berlalu, kamu tahu angin itu sejuk atau nyaman kan?.....dan kamu sedang membaca bukan?"

Saya hanya diam. Dia memandang saya tanpa berkelip matanya.

" Lantas apa yang kamu baca di atas kertas putih ini.?"

Diam.

" Siapa yang mencipta kertas ini?"

Diam.

" Jawap lah! Siapa?"

" Mestilah manusia.'

" Siapa? Kamu kenal dia?"

" Tidak ."

" Tapi kamu menggunanya sesuka hati kamu tanpa kenal pencipta kertas ini?'

Diam.

" Bukan kah itu sombong namanya? Mengguna barangnya tapi tak mahu tahu tuan yang meciptanya."

" Betapa dia telah memberi kenikmatan kepada kita untuk dapat menulis apa sahaja di atasnya dan kita tak mahu tahu namanya. Orangnya?"

Dia membebel.

" Sekarang saya mahu tanya lagi. Dari bahan apa yang kertas ini di buat? Kamukan saintis...harus bisa jawap..enteng!"

" Mestilah dari kayu."

' Kayu itu dari mana?"

" Hutan." Saya jawab spontan.

" Siapa yang mencipta hutan itu dan segala tumbuhan yang ada di dalamnya?"

" Semua orang mestilah tahu. Kalau tak tahu tu bodohlah sangat...Itu ciptaan Tuhan."

" Bagus...Syabas!!! Sekarang kamu sudah mula membaca.....Assalamualaikum."

Dia pergi tanpa menoleh kepada saya dan saya ditinggalkannya melopong.




Monday 7 March 2011

Stesyen Pertama Mengenali Islam

Tahun awal tujuh puluhan dahulu, ketika saya baru menjejakkan kaki ke Universiti dengan semangat berkobar kobar untuk mencapai impian menjadi seorang ilmuan yang berkaliber, saya tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti saya akan menjadikan Islam sebagai pegangan hidup saya dan ingin melakukan apa sahaja demi untuk memartabatkan Islam di persada dunia. Saya hanya tahu bahawa saya ingin menghabiskan pembelajaran saya dan membawa pulang segolong ijazah bagi menggembirakan hati ibubapa saya dan membuat mereka rasa bangga dengan pencapaian saya.

Saya dapat membuktikan bahawa saya berjaya menjadi pelajar contoh dan pelajar terbaik dalam jurusan saya dengan menghasilkan karya karya yang unik dan memuaskan hati pensyarah pensyarah yang bertungkus lumus mengajar saya. Tetapi jiwa saya meronta untuk memenuhkannya dengan perkara baru yang saya baru diperkenalkan.

Apakah perkara baru ini? Ia adalah Islam dan kefahaman yang cukup menyentuh hati dan sanubari saya.. Kefahaman terhadap erti seorang hamba dan berkenalan dengan Pencipta Alam Maya ini ..Khaliq yang Maha Agung lagi Maha Perkasa.

Ia disentuh oleh seorang yang sangat biasa dan bersahaja. Bila bertemu dengan saya dia hanya memberi salam dan menaanyakan khabar. Terus selepas itu dia menanyakan samada saya solat subuh pagi tadi dan apakah saya sudah mengucapkan kata syukur kepada Allah yang telah menghidupkan saya setelah mematikan saya selama semalaman.

" Kenapa mata anda tertutup bila mengantuk dan kenapa pula ia terbuka bila jaga?"

" Kenapa mesti minum air bila dahaga dan menangis bila sedih atau ketawa dan senyum lebar bila gembira?"

" Kenapa lubang hidung menghalakan ke bawah dan besar di bahagian bawah dan mata mu mesti ada bulu mata ?"

Kenapa barang mesti jatuh ke bumi dan tidak melonjak ke langit?

Kenapa, kenapa dan kenapa...Banyak soalan yang ditanya dan jawapan yang diberi juga bukan sedikit.

Saya cuba menjawab tetapi saya sedar jawapan saya tidak memuaskan hati dia dan hati saya sendiri.

Akhirnya dia menanya saya : "Bila kamu masuk Islam?'"

"Apa ?" Saya sudah Islam sejak saya dilahirkan lagi!"

"Tetapi kenapa gaya hidup mu tidak melambangkan seorang Muslim?"

Islam menyuruh kamu menutup aurat tetapi kamu membukanya." "Islam menyuruh kamu menunaikan solat tetapi kamu meninggalkannya. Islam menyuruh kamu itu dan ini dan banyak lagi tetapi kamu tidak melakukannya."

 Betulkan????

Justeru bagaimana kamu katakan kamu seorang Muslim?

Ya saya seorang Muslim. Habis berapa kali kamu membuka lembaran alQuran dan memahami isi kandungannya. Sekali sekala...Adakah kamu tahu siapa yang menyampaikan Islam kepada manusia hingga mereka faham apakah yang dituntut ke atas mereka...Tidak...

Masih sanggup mengaku kamum seorang Muslim. Baca Quran pun jarang...

Saya hanya bisa terpaku dan menyalahkan orang tua saya kerana tidak menghantar saya belajar ilmu Islam dengan sempurna.

Tetapikan kamu bijak.Ada akal dan boleh berusaha sendiri tanpa paksaan. Sedang untuk lulus dan masuk universiti pun boleh dapat keputusan yang cemerlang dan berusaha sendiri.

Kenapa tidak kenal kuasa yang memberi kamu akal fikiran yang dapat menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang. Bukankah kamu ada mata. telinga dan mulut intuk berbicara dan akal untuk belajar dan memahami?

Habis bagaimana?....Yaa....pulang ke kamar mu dan baca naskah ini...mungkin kamu akan bertemu dengan jawapan yang kamu sedang cari..Esok kalau Allah izin kita bertemu lagi kita akan bicara tentang apa yang kamu telah fahami dari bacaan ini.

Kenapa paksa saya untuk buat apa yang saya tidak suka lakukan...saya ada banyak tugasan untuk saya siapkan daripada membaca naskah yang entah apa....

" Tiada paksaan dalam Islam. Yang ada hanyalah piliham." Jawapnya pendek.

Tetapi saya membaca juga. Kerana ingin tahu jawapannya. Maka bermulalah pengembaraan saya mengenali siapa Pencipta saya..















Monday 7 February 2011

Amalan Hidup Yang Di Redhoi Allah Bergantung Kepada Hati Yang Bersih

Hanya ada dua jenis amalan. Amalan baik dan amalan buruk. Amalan ini menentukan jalan hidupnya di dunia.

Seorang hamba Allah dibekalkan oleh Allah dengan Akal fikiran, dhomir, perasaan dan jiwanya untuk dia memilih amalan manakah yang ingin di lakukannya.

" Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaanya,
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mengsucikan jiwanya itu,
Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya."   Surah AsSyams : Ayat 8, 9 & 10

Maka buatlah pilihan yang tepat sebagaimana yang di sukai Allah.

Rasullullah saw bersabda :
"Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik maka baiklah seluruh jasadnya. Tetapi apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati."   Hadis riwayat Bukhari & Muslim.

Hati yang bersih melahirkan fikiran yang bersih. Fikiran yang bersih melahirkan pertuturan dan tindakan yang bersih. Sementara rantaian  tindakan kita membentuk watak, karektor dan pribadi yang bersih. Maka berjalan lah kita di atas muka bumi ini dengan penuh tawadhu dan merendah diri.

Ilmunya tinggi tetapi jiwanya luhur dan bersih.. Kefahaman Islamnya mendalam. Keikhlasan mencari redhoNya tinggi melangit. Ia bergantung kepada hati yang sarat dengan ilmu yang menjadi pemacu segala tindakan dan amalannya di dunia.

Imam Malik bin Anas ra  berkata : " Yang dinamakan berilmu itu bukanlah kepandaian atau banyaknya meriwayatkan sesuatu. melainkan hanyalah Nuur yang diturunkan Allah ke dalam hati manusia. Adapun bergunanya ilmu itu adalah untuk mendekatkan manusia kepada Allah dan menjauhkannya dari kesombongan diri."

Allah berfirman dalam Surah AlMujadalah 58 : Ayat 11 : " Allah akan meninggikan orang2 beriman di antara mu dan orang2 yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat."

Ilmu yang diberkati ini walau hanya setitis namun dapat membuat hambaNya menggeruni Allah dan mengagumi kebesaranNya. Walau hanya sedikit namun dapat menerangi hidup dan memandu manusia dari kegelepan kepada keterangan dan cahaya Illahi.

Hati yang bersih haruslah melalui proses peningkatan ilmu Allah dan latihan kepribadian yang juga bersih. Ia dimulai dengan menghadapkan hidupnya semata2 untuk Allah dan mencari jalan untuk mendekatiNya setiap saat hidupnya.

" Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad dan rupabentuk kamu.. Tidak kepada keturunan dan kekayaan kamu. Sebaliknya kepada hati kamu. Sesiapa yang memiliki hati suci lagi bersih, niscaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah wahai anak Adam....Orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu." Hadith riwayat Muslim & AtTabarani.

Amalan yang banyak tidak dapat membantu kita di akhirat nanti kecuali kita memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Allah.

Allah swt berfirman : " Iaitu di hari harta & anak2 tidak berguna. Kecuali orang2 yang mengadap Allah dengan hati yang bersih. "   Surah AsSyura : 88 & 89

Ibn Qayyim berkata : " Ibadah hati ialah di mana hati seorang hamba itu bergantung sepenuhnya kepada Allah, yakin kepadaNya, kembali kepadaNya, serta bertawakkal kepadaNya dan redho dengan apa yang telah ditetapkan untuknya, kerana pengetahuanNya, kecukupanNya dan kebaikan pilihanNya."

Ketahuilah hati itu sentiasa berubah2 dan bertukar2. Ia boleh dipengaruhi oleh nafsu yang mengajak manusia melakukan kejahatan dan melanggari kehendak Allah swt. Hendaklah kita selalu memohon kepada Allah agar sentiasa menetapkan hati kita supaya berlaku baik sahaja dan menghidari kita dari melakukan keburukan.

Dari Aisyah ra : Rasullullah sentiasa berdoa : " Ya Allah yang membolak balikkan hati. Tetapkanlah hati ku di landasan agama Mu." Aku berkata : Wahai Rasullullah . aku sering mendengar engkau berdoa dengan doa ini. Raaullullah saw berkata : Tiada seorang anak Adam melainkan hatinya itu di antara dua jari Allah. Jika Dia mahu Dia meluruskannya. Dan jika Dia mahu Dia menyesatkannya." Hadis riwayat At Tirmizi & AnNisai.

Bahagialah mereka yang sepanjang hayatnya dikilaui hati yang bersih dan bercahaya.... Pancaran dari Nur Illahi