Pesanan Rasullullah saw :

Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. bersaba:

"Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat .
Berceritalah tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan ke atasnya. Dan sesiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka ia menempati tempat duduknya dari neraka."

(Riwayat Bukhari)

Wednesday 23 March 2011

Kasih Sayang ( Ukhuwah ) dan Persaudaraan Di Dalam Islam Faktor Kemenangan Islam

Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik ra pembantu Rasullullah saw katanya : " Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasihi untuk dirinya sendiri". ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Amat pentingnya kasih sayang didalam Islam sehingga Rasullullah menekankan bahawa jika kamu tidak berkasih sayang antara sesama mu maka sebenarnya kamu tidak beriman pada Allah swt dan NabiNya. Maka kasih sayang ini di syaratkan sebagai tanda-tanda orang yang beriman.

Beriman kepada Allah swt dan Rasulnya melahirkan sifat-sifat yang mulia. Beriman bererti kita tunduk dan patuh kepada Allah swt dan ingin mencapai ketinggian darjat serta mendapat redhoNya. Orang yang beriman akan bertungkus lumus mengerjakan apa sahaja yang diperintah oleh Allah dan RasulNya. Dia melakukan yang maaruf dan meninggalkan yang mungkar. Tiada perasaan hasad dengki, benci, cemburu, khianat kepada orang lain. apatah lagi orang yang sama-sama mendokong dan mempercayai apa yang dia percayai dan imani.

Perasaan gembira mengetahui bahawa ada insan lain yang beriktikad sepertinya membuat dia ingin mendekati hamba itu dan berkongsi pandangan dan pendapat serta cuba melakukan amal ibadat bersama-sama supaya dia tidak merasa keseorangan.

Ada tempatnya untuk meluahkan perasaannya dan mengadu hal-hal yang berkaitan dengan kepercayaannya. Oleh kerana itu dia akan sedaya upayanya mendekati dan mengukuhkan ikatan persaudaraan antara sesama mereka supaya seandainya ada yang ingin menjadikan mereka kafir atau melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak Allah maka dia akan mencari kekuatan dari temannya supaya berpegang teguh pada keyakinannya iaitu Islam.

Oleh kerana itulah juga dia akan berusaha sedaya upayanya untuk memastikan supaya rakan dan sahabatnya ini sentiasa bersama-samanya melakukan ibadah dan meningkatkan iman mereka. Dia sangat menjaga supaya sahabatnya ini senitiasa mendekatkan dirinya kepada Allah bersama2nya. Tidak kira dari latar belakang apa, persatuan apa, bangsa apa. keturunan apa. Mereka tetap berkasih sayang.

Kasih sayangnya kepada sahabatnya ini bertambah dari sehari ke sehari kerana kuat menguatkan diri untuk maju di dalam hubungan mereka dengan Allah. dia akan memastikan supaya saudaranya sentiasa gembira. Cuba untuk memahami perasaan saudaranya dan jika ada masaalah akan bersama-sama mencari jalan menyelesaikannya.

Rasullullah saw bersabda dalam hadis yang di riwayat oleh AtTirmizi :
" Kasihkan manusia sesuatu yang kamu kasih untuk diri kamu sendiri. "

Mereka tidak mencaci, mencemuh, mengumpat, menghina dan menjatuhkan maruah saudaranya. Apalagi untuk menuduhnya melakukan perkara yang keji dan dilaknat Allah. . jika pun saudaranya bersalah kesalahan ini akan cuba ditutup supaya tidak dikatahui orang lain. Kesalahan besar seperti berzina atau melakukan liwat mestilah mempunyai bukti bukti yang cukup syarat seperti yang ditetapkan oleh undang undang Islam...dan di kemukakan di mahkamah supaya yang tertuduh dapat membela dirinya.

Rasullullah juga bersabda :
" Perumpamaan orang-orang mukmin dalam berkasih sayang, kecintaan dan lemah lembut mereka seperti satu badan. Apabila satu anggota badan mengadu kesakitan, maka seluruh anggota turut menanggung kesakitan dan sama-sama berjaga malam. " ( Riwayat bukhari dan Muslim)

Dalam Surah Al Fath  48 : ayat 27 Allah berfirman :

" Muhammad itu adalah Rasul ( Utusan ) Allah. Orang-orang yang bersama dengannya ( Mukmin ) sangat keras terhadap orang-orang kafir; berkasih sayang antara sesama mereka. Enhgau lihat mereka itu rukuk, sujud serta mengharap kurnia daripada Allah dan keredhoaanNya. Tanda mereka itu adalah di muka mereka. Contoh mereka ini ada di dalam Taurat dan ada di dalam Injil, ialah seperti tanaman yang mengeluarkan pucuknya lalu bertambah kuat dan bertambah besar lalu tegak lurus batangnya sehinggan ia menakjubkan orang-orang yang menanamnya. Allah ingin menjengkelkan orang-orang kafir. Sesungguhnya Allah menjanjikan keampunan dan pahala yang besar untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh di antara mereka. "

Di zaman Rasullullah saw kita dapat menyaksikan bagaimana eratnya persaudaraan antara sesama sahabat Nabi sebagaimana yang ditunjukkan oleh Kaum Ansar ketika Kaum Muhajirin berhijrah ke Madinah. Mereka menawarkan separuh dari harta mereka, rumah mereka, hamba mereka hingga sanggup juga memberi isreri mereka untuk kebahagiaan sahabat di dalam Islam yang datang tanpa harta benda dan berhijrah demi menegakkan Islam dan mentaati perintah Allah dan RasulNya.

Begitulah yang hendak kita wujudkan dalam ikatan persaudaraan kita sesama Muslim. Binalah kasih sayang antara kita dengan sekuat mungkin .Ini adalah tuntutan dari Allah swt untuk orang-orang yang beriman. Kasih sayang ini hanya mampu dibina seandainya kita sedar bahawa inilah yang membuat kita kuat dan mendapat kemenangan menegakkan Islam di muka bumi ini.

Itulah antara sebab mengapa syaitan berusaha sedaya upaya memecah belah perpaduan ummat Islam dengan menimbulkan syak wasangka dan rasa khuatir antara sesama Islam supaya binaan ini roboh.

Dalam sepanjang sejarah Islam hasutan dan mengadu domba supaya orang-orang Islam berpecah belah dan susah untuk bersatu. Sedikit perbezaan menjadi sebab untuk bermusuh antara satu sama lain. seandainya kita sedar kita akan berusaha untuk tidak dikaburkan oleh syaitan dan pengikut2 nya.

Kerana bila kita tidak berkasih sayng maka kita takkan bersatu. Bila tidak dapat bersatu Islam akan gagal dan kemenangan akan susah untuk dicapai.


No comments:

Post a Comment